Monday, 21 October 2019

Mohon Visa Dahulu Sebelum Tempah Tiket Penerbangan Ke Australia


Hai semua,

Siapa kat sini suka melancong dan ada pasang angan-angan nak melancong ke Australia? Ha, kalau ada memang wajib korang baca topik kali ini. Tujuannya adalah bagi mengingatkan korang untuk WAJIB mohon visa dulu sebelum tergoda dengan tawaran tiket penerangan ke Australia sewaktu diskaun dan jualan murah.
Sebelum korang berangan ke Australia dan beli tiket terburu-buru, baik mohon visa dulu

Sis tempoh hari pun hampir-hampir tergoda nak beli tiket penerbangan ke Australia apabila AirAsia buat promosi murah sebulan lalu. Mujurlah tatkala keseronokan dapat tiket murah tu, sebaik sebelum buat bayaran tiket penerbangan, tiba-tiba diberikan petunjuk dan hidayah untuk mohon Visa terlebih dahulu. Kalau dah beli, lepas tu permohonan visa pula gagal tak ke naya? Buat terbang duit titik peluh sia-sia begitu sahaja. Tiket murah pon, duit juga wehhhh!

Baiklah, kenapa sis kata WAJIB mohon visa Australia dulu sebelum beli tiket? Kisahnya, dekat Group-group Facebook dah banyak tular permohonan visa ditolak beberapa hari sebelum penerbangan ke Australia, naya woooo... Tiket dah beli, tempahan hotel dan buat, pakej melancong pun dah bayar. Tup-tup, visa tak lepas. Nak buat rayuan pula, masa dah suntuk, memang menangis tak berlagulah jawabnya.

Ada pula kes yang melibatkan percutian sekeluarga, pastu visa bapanya atau sang suaminya je tak lepas. Erm... nak tak nak, ada yang kena batalkan percutian sekeluarga la. Itu je dah berapa kerugiannya?

Okey, ini senarai soalan lazim:

Saya dah ada passport. Perlukah mohon visa kalau nak ke Australia?
Ya. Walaupun dah ada passport, rakyat Malaysia masih dikehendaki untuk memohon visa untuk memasuki negara tersebut. Visa untuk ke Australia ini dikenali sebagai Electronic Travel Authority (ETA) atau Bahasa Melayunya Kebenaran Melancong Elektronik.

Apakah itu visa?

Visa ialah dokumen penting yang dikeluarkan oleh sesebuah negara bagi memberi keizinan kepada pelawat luar untuk masuk ke negara tersebut dalam tempoh waktu dan tujuan tertentu.

Apakah jenis-jenis visa yang ada?

Visa sekali masuk - Visa macam ni cuma sah sekali masuk saja walaupun tempoh sahnya lama. Sekali dah keluar, kenalah mohon balik kalau nak masuk semula.

Visa beberapa kali masuk - Korang boleh masuk ke negara tersebut sekerap mana pun sepanjang tempoh sah visa. Tapi pastikan korang ada sebab yang sah untuk keluar masuk berkali-kali untuk mengelakkan dihalang masuk.

Visa transit - Kalau korang nakjalan-jalan sementara transit, jangan lupa negara transit tu kena visa atau tak. Kalau kena, makanya silalah mohon visa transit

Jadi visa yang manakah saya perlu mohon untuk ke Australia?
Biasanya Visa Electronic Travel Authority ke Australia yang lazim dipohon ialah jenis visa beberapa kali masuk atau Bahasa Mat Sallehnya, Multiple Entry Visa. Visa jenis ni membolehkah korang melawat ke Australia:

-Untuk tujuan pelancongan atau sebagai pelawat urusan rasmi perniagaan (business visitor purpose)
-Keluar masuk selama tanpa had (multiple entries) selama satu tahun dari tarikh yang dipohon
-Boleh tinggal sehingga tiga bulan setiap kali lawatan

Contoh ETA yang telah diluluskan

Apakah sebab-sebab permohonan visa saya ditolak?
Kalau mengikut diskusi yang berjalan di Group FB, sekarang ni memang kerajaan Australia akan menolak permohonan visa rakyat Malaysia secara rawak sebab ramai sangat yang tinggal di Australia melebihi tempoh 3 bulan sebab bekerja di sana. Aduh! Nyusahkan orang betul. 

Selain itu, antara sebab-sebab yang mungkin menyebabkan permohonan visa anda ditolak adalah seperti berikut:

1. Demografi berisiko
Maksudnya korang punya profil menepati mereka yang berkecenderungan untuk overstay di sana. Ramai antaranya pergi kerja petik buah tanpa permit bekerja yang sah. Biasanya pemetik ni berusia bawah 35 tahun, lelaki, hanya membeli tiket pergi tanpa tiket balik, tak pernah melancong ke mana-mana sebelum ini, tidak mempunyai kerja tetap dan sebagainya

Kalau nak pergi kerja petik buah, sila mohon permit bekerja yaa

2.Mempunyai rekod buruk di Malaysia
Kalau jenis disenarai hitam, ada rekod jenayah, dan katanya kalau ada rekod buruk kewangan punnnn, boleh jadi sebab ditolak. Wallahualam

3.Mempunyai rekod buruk sewaktu melancong ke Australia sebelum ni
Kalau pernah melancong ke Australia dan ada rekod tidak gemilang, contohnya pernah overstay dan sebagainya, kirim salam jelah kalau nak masuk sekali lagi

4. Tempoh passport tidak mencukupi
Oh ni kekadang pun jadi satu isu yang mana si pemohon tak perasan passportnya tak cukup tempoh sah 6 bulan dari tarikh perjalanannya. Jadi jangan lupa pastikan tempoh passport korang mencukupi. Seperkara lagi, jangan pula mohon visa dengan passport lain tapi melancong dengan passport lain (passport baharu yang telah diperbaharui). Payah nanti jadinya.

Macam mana cara nak mohon visa ke Australia ni?
Ha, tak susah pun. Boleh je mohon secara dalam talian (online) atau menerusi ejen pelancongan.
Antara caranya ialah tekan di link bawah untuk mohon terus:
Arba Travel.Com
Australian High Commission Malaysia

Tempoh hari sis mohon je visa menerusi ARBA ni, cepat mudah dan murah

Berapa harga Visa Electronic Travel Authority Australia ni? Mahal tak?
Rata-rata harganya cumalah RM20 sahaja untuk setiap visa. Kira murahlah. Lagipun boleh mohon secara dalam talian, dah jimat ongkos untuk ke kedutaan gitu

Berapa lamakah masa untuk dapatkan kelulusan? Cepat tak?
Mengikut pengalaman sis mohon Visa ETA ke Australia menerusi Arba Travel.Com tak lama dulu. Alhamdulillah, baru je mohon tak sampai 5 minit dah dapat kelulusan. Terkejut beruk betullah. Tapi, pengalaman sis bukanlah tiket atau alasan untuk korang berlengah-lengah untuk buat permohonan visa. Sebabnya, ada juga yang perlu menunggu sehingga 2 minggu untuk mendapatkan kelulusan visa. Makanya, memang digalakkan untuk mohon awal.

Macam tak percaya je visa dah lulus. Macam mana nak pastikan visa tu betul-betul dah lulus?
Itulah. Macam sis tempoh hari pun sukar untuk mempercayai bahawa visa ETA sis dah diluluskan dengan begitu pantas. Jangan risau. Kalau korang rasa ragu-ragu dengan kesahihan visa korang, bolehlah semak di VEVO iaitu di Visa Entitlement Verification Online (VEVO).

Apakah itu VEVO?
Waduh-waduh. Kan sis dah kata tadi, VEVO tu Visa Entitlement Verification Online. Maknanya Semakan Kelayakan Visa Dalam Talian. Kalau korang rasa agak-agak ejen pelancongan korang tu takleh percaya jeee, ha, semak la kat Visa Entitlement Verification Online (VEVO) ni

Ha, nilah laman web untuk VEVO

Adakah kelulusan visa ni menjamin saya 100% boleh ke Australia?
Malang sekali, kelulusan visa tidak menjamin 100% peratus korang boleh ke Australia. Tapi kalau korang tak ada visa, 100% jaminan dan dijamin korang tak boleh ke Australia. Gitu...

Menurut sumber rakan-rakan kaki melancong di Group FB, ada juga kes-kes visa yang telah diluluskan ditarik balik atau dibatalkan, kes-kes denied boarding (dinafikan kelayakan berlepas) waktu di lapangan terbang. Ada juga kes yang dah sampai Australia, tapi dihantar pulang ke Malaysia. Sob sob. Apa-apa pun semua ni rezeki.

Tetapi ingin diingatkan, kes-kes ini boleh dielakkan walaupun tak 100%. Bagaimana? Sebelum berlepas, atau sebelum nak terbang, buat semakan terakhir (last verification) kelayakan visa anda di VEVO. Kakak dah citer dah caranya di atas. Jangan tanya lagi ehhhh...

Sekian perkongsian kali ini. Nanti kalau berkelapangan sis cerita pengalaman sis mohon visa pula nehhh...

OXOXO

2 comments:

  1. Scary juga kalau tiket dah beli, visa pula tak lepas...

    ReplyDelete
  2. You understand your projects stand out of the crowd. There is something unique about them. It seems to me all of them are brilliant. Places you need to visit in 2019. ... Upgrade your travel photos with these lightweight cameras that pack a punch ... Enjoy the world's best places to travel with Things to do .

    ReplyDelete