Monday, 21 October 2019

Review: MBO KECIL Subang Parade


Hai semua,

Dah lama kita tak buat ulasan tentang filem ataupun panggung wayang. Harini terdetik nak berkongsi pengalaman  menonton filem Maleficent: Mistress of Evil di MBO Kecil Subang Parade semalam.




Sebenarnya dah lama juga kita tak menonton filem di pawagam dek kerana sibuk dengan tuntutan kerja. Rasanya dah hampir setahun jugaklah. Tapi sewaktu beriadah dengan anak-anak tercinta semalam, tiba-tiba terdetik pula hendak membawa mereka menonton wayang. Sebenarnya, taklah terdetik sangat. Cuma anak jantan sibuk membebel cakap nak tengok Boboboi The Movie di pawagam sampai maknya naik rimas. Jadi untuk biar dia putus asa, bawa jelah dekat MBO Subang Parade, suruh dia tanya sendiri kat cashier di kaunter, ada lagi tak filem yang nak ditontonnya.

Sesampainya di kaunter tiket MBO Subang Parade, tersipu-sipulah mamat ni kata nak beli tiket Boboboi The Movie, tapi abang kaunter kata, citer tu dah lama habis dikk oii. Kecewa habislah muka dia. Makanya maknya pun nak pulang dengan gembira, sebab dah tahu lepas ni si bulat tu takkan berzikir lagi nak tengok Boboboi The Movie sampai maknya pening. Siap cakap lagi, tak ada dah citer yang awak boleh tengok, semua P13 dan P18 je. Tapi abang kaunter yang tak bekerjasama ni boleh pulak kata, "Maleficent tu boleh je tengok." Pffttt....

Maka separuh tak sudi dan tak rela, maknya pun fikir, okaylah. Cian pulak bebudak ni, mohlah tengok wayang. Masa tu pukul 5. Kebetulan ada tayangan jam pukul 5. Tapi abang kaunter kata filem tu 2 jam lebih. Kitorang tak solat asar lagi, nanti terlepas pulak Asar. Makanya ternampaklah pukul 5.30 ada slot. Pastu kat skrin tu tulis KECIL. Masa tu macam blur-blur lagi. Apa jadahlah KECIL ni? Tapi tak kisahlah. Daripada bebudak tu buat onar, KECIL pon KECIL lah. Beli tiket dan ajak bebudak tu solat dulu sebelum pergi menonton wayang.

Lepas solat dan ambil set makanan yang ditempah, kitorang pon pergilah masuk ke dewan pawagam sendiri. Dekat lorong masuk tu barulah tau, oh... KECIL ni rupa-rupanya dewan pawagam khas untuk ibu bapa bawa anak-anak kecil mereka menonton wayang.


Pernahlah dulu terperasan kawan post kat Facebook mengatakan kat Starling Mall ni ada pawagam mesra kanak-kanak. Tapi tak perasan pula tu MBO Cinemas. Lagi satu, tak perasan pula MBO Subang Parade pun dah bertukar wajah dan juga menawarkan MBO KECIL untuk tontonan dan riadah sekeluarga mereka yang mempunyai anak-anak kecil.

Haiyo, nampak sangatlah kesibukan sis sebab MBO Cinema Subang Parade dah bertukar wajah pon boleh tak perasan. Padahal dulu, MBO Cinema Subang Parade nilah tempat kita berdating dengan best buddie kita kakak Mighaaa. La ni Kak Mighaaa pon sibuk, terus dah lama tak dating pergi tengok wayang. Okay, cukup bebel. Kita kembali ke topik asal.

Apa yang menarik di MBO KECIL ini?

Terdapat beberapa jenis kerusi yang berbeza yang ditawarkan iaitu Family Bed, Beanie Seats dan kerusi biasa. Selain itu, terdapat juga taman permainan mini yang disediakan bagi kanak-kanak jenis yang tak aktif dan tak reti duduk diam (Macam anak sis la). Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih menyusu dan memakai lampin pula, jangan risau, bilik lampin dan susu juga diletakkan berdekatan, senanglah nak tukar lampin dan bancuh susu anak tu. Cuma, jangan pulak bergaduh laki bini sebab dua-dua syok layan cerita.

Kerusi jenis Family ed

Kerusi jenis Beanie Seats

Taman permainan mini


Bilik lampin (semua gambar dari MBO Cinemas)

Apakah ciri-ciri khas yang ditawarkan oleh MBO KECIL ni? MBO KECIL ni membolehkan ibu bapa membawa anak-anak mereka menonton wayang dengan lebih selesa. Yalah, dulu kan mak bapak nak tengok wayang, tapi takde orang jaga. Maka diangkut saja anak-anaknya. Akibatnya, mulalah ibu bapak tersebut dikecam sebab anak-anak bising, tak reti duduk diam, lari sana sini. Lepas tu ramai pula yang mengutarakan isu audio di pawagam terlalu kuat dan tak sesuai untuk si cilik.

Menyedari terdapat pasaran sebegini, makanya sis rasa MBO Cinemas yang prihatin isu dan keperluan seperti ini telahpun menawarkan MBO KECIL yang mana mak bapak bolehlah bawak anak-anak ke pawagam tanpa perlu dikecam lagi. Ha gitu! Kenapa? Sila rujuk di bawah:


Namun yang demikian, ibu bapa juga tak bolehlah lepas tangan begitu sahaja kerana knowing kids will be kids, maka satu panduan juga diberikan kepada ibu-bapa yang menonton wayang di MBO KECIL.



Bagi sis, MBO Cinemas memang bijak kerana sangat peka dengan permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa masa kini dan menawarkan solusi seperti MBO KECIL. Sebab sebenarnya memang tak banyak pun tempat dan aktiviti riadah yang boleh dilakukan dengan anak-anak kecil terutamanya sewaktu musim jerebu.

Dengan adanya MBO KECIL, makanya wujudlah lagi satu aktiviti dan pilihan alternatif kepada ibu bapa untuk mengeratkan hubungan dengan anak-anak pada waktu hujung minggu yang mana mak bapak tak terlalu penat dan tertekan. Yelah, kalau senam kan, penat sikit. Kalau setakat tonton wayang je, boleh relaks-relaks. Nanti Isnin kena kerja lagi weh. Penat!

Rambut basah sebab baru lepas ambil wuduk gituuu

Ruangan sebelum masuk ke dewan pun ceria gitu

Bolehlah melepak dulu kat sini sementara menanti wayang bermula
Teruja melampau. Tak sabar nak tengok wayang

Masa beli tiket tak sedar pon fasal jenis kerus, dah beli baru tau

Ala, nak kerusi normal macam kat atas tu. Sob sob. Tapi kitorang dapat kerus beanie je

Walaupun dalam skrin beli tiket tempat duduk kedua paling depan, tapi bila dalam pawagam okay. Tak dekat sangat

Ada rak letak kasut mini supaya bebudak leh buka kasut sebelum pergi main taman permainan



Amboi, gembiranya dapat main

Anak dara kalau posing memang nombor satu

Happy face sebab dapat tengok wayang.
Secara keseluruhannya, memang puas hatilah tengok wayang dekat MBO KECIL Subang Parade ni sebab takyah risau orang bengang anak kita jerit-jerit lari sana-sini. Tapi kalau kata nak layan 100% wayang tu memang taklah kan, sebab banyak juga distraction bebudak lain.

Again, kalau nak layan cerita tu 100%, takyahlah bawak budak-budak. Ya tak? Kalau nak pergi dengan budak-budak, kenalah terima hakikat ada saja gangguan lain.

Kalau korang berminat untuk pergi menonton wayang dengan si kecil di MBO KECIL ni, berikut adalah senarai-senarai MBO Cinemas yang menawarkan MBO KECIL:

Lembah Klang:
MBO Atria Shopping Gallery
MBO The Starling, Damansara Utama
MBO Subang Parade

Johor:
MBO Square One Batu Pahat
MBO Bandar Dato' Onn

Pahang:
MBO Kuantan City Mall

Perak:
MBO Falim Ipoh

Sekian ulasan saya hari ini.

Da~~~


3 comments:

  1. Haha lencun habis depa dua! Ni confirm tak tgok wayang ni kalau dah ada playgrounds.🤣

    ReplyDelete
  2. pernah pergi sekali je kt kuantan tu. Anak kita ramai, ehehe. Ada potongan harga tak ye?

    ReplyDelete