Wednesday, 20 November 2019

Review: Restoran Wangsa Grill by Chef Zubir


Hai korang,

Harini nak bercerita fasal makanan lagi. Harap jangan jemu ya? Seperti yang tertera pada tajuk, ulasan kali ini adalah tentang hidangan dan makanan di Restoran Wangsa Grill by Chef Zubir.


Kisahnya, beberapa minggu yang lalu, kitorang empat orang adik-beradik telah membuat perjumpaan keluarga di Restoran Wangsa Grill by Chef Zubir. Kalau nak diikutkan, kitorang empat adik-beradik perempuan ni memang rapat walaupun masing-masing selalu sibuk. Almaklumlah, semuanya wanita bekerjaya gitu. Tetapi sibuk-sibuk macam mana pun, keluarga sentiasa diutamakan.

Lagi-lagilah kalau kakak kesayangan kita yang ajak keluar berempat sama. Gitulah lumrah anak-anak yatim piatu, dah tak ada mak bapak, kakaklah jadi pengganti dan tempat bermanja.

Oleh kerana semua nak datang terus makan, maka dengan rakusnya kitorang sepakat nak datang pukul 12 tengah hari iaitu sebelum manusia datang serbu restoran tu lagi. Malah, menu juga telah diberikan kepada pihak restoran supaya pesanan kami boleh disediakan dengan lebih lancar. Kira sampai-sampai je, terus nak duduk dan makan je.


Sejujurnya, nilah kali pertama kita datang ke Restoran Wangsa Grill by Chef Zubir walaupun pernahlah juga orang dok uar-uarkan makanan kat sini sedap. Mana taknya? Jauh weh dari Shah Alam, daku tak segigih tu.

Dari segi lokasi, agak mudah untuk mencari restoran ni. Lagipun sederet rumah kedai tu macam tak banyak kedai makan. Jadi, parking tak jadi masalah sangat. Dari segi interior pula, ambiencenya agak selesa dan privasi. Sesuailah untuk dating atau buat perjumpaan keluarga mahupun majlis dan keraian syarikat. Yang lebih menarik lagi, dapurnya adalah berkonsepkan terbuka yang mana kita boleh lihat bagaimana hidangan kita disediakan.






Antara pesanan makanan yang kitorang buat haritu:

Classic Bolognaise-RM22.90
Classic Bolognaise ni Mia yang nak. Mia memang hantu spageti. Besar betul saiz hidangannya. Maknya yang kuat makan ni biasalah, mana boleh tengok makanan. Mesti nak cuba. Rasanya sedap. Sos spagetinya pun banyak. Tak kedekut langsung.

Wangsa Grill Chicken Chop -RM28.90
Ni pesanan makanan yang dibuat Hariz. Mamat ni, biasalah, pantang nampak ayam. Suka sangat ayam. Lepastu ada spageti jugak tu. Tetau licin je makanannya. Tinggal sayur je. Cis! Dasar anak jantan, sayur tak mau makan.

Aus BBQ Beef Back Ribs & Grilled Norwegian Salmon- RM46.90
Maknya acah-acah diet. Konon jaga makan. Makanya orderlah Australian BBQ Beef Back Ribs dan Grilled Norwegian Salmon ni. Ada makanan sampingan iaitu kentang lenyek dan juga salad. Sebagai orang yang cerewet, kita cukup berpuas hati dengan hidangan ni kecuali BBQ Beef Back Ribsnya kerana terlalu keras. Tak sangka, bila buat maklum balas macam tu, terus dia bagi satu set lagi maknanan ni. Ingatkan nak ganti Ribsnya je. Waktu kali kedua dapur ganti hidangan kita, memang perfectolah! Sangat-sangat memandang serius maklumbalas pelanggan.

'Pot Au Feu' of Aus Beef Short Ribs- RM44.50
Adik kita Azi buat pesanan Pot Au Feu ni. Dagingnya empuk. Cuma dari segi hidangan, kalau bagi kat kita, kita rasa tak kenyanglah kot. Hehehehe...

Big Mouth Burger-RM35.90
Adik ipar kita pula order Big Mouth Burger dan adik kita lagi seorang order Wangsa Grill Beef Burger. Oleh kerana adik kita lapar sebab menyusukan bayi. So, takdelah gambar Wangsa Grill Beef Burger. Tapi kalau berdasarkan pinggan diorang yang kosong tu, rasanya sedap menjilat jarilah. Oh ya, jejari kentang dia best. Tu je kita sempat makan.

Lepas makan hidangan diet kita tu, rasa lapar lagi. Mujurlah abang ipar kita ada order Grill Platter untuk dikongsi bersama. Yang ni serius berbaloi!! Sedap weh! Wajahnya pun begitu menggoda sekali. Tada!!

Grill Platter
Oleh kerana Grill Platter ni menu khas. Jadi sistur pun tak dapat nak korek balik harganya. Grill Platter ni sumpah sedap. Grill platter yang kitorang order ni terdiri daripada burger, sirloin, udang, salmon, pasta, kentang goreng, salad, kepak ayam dan ayam panggang.  Semuanya menepati citarasa dan secukup rasa. Katanya, set hidangan Grill Platter ni tak menentu. Kadang-kadang kandungan menunya bertukar-tukar.

Banyak lagilah menu-menu menarik yang ditawarkan kat Restoran Wangsa Grill ni. Korang memang patut cuba. Oh ya, katanya ada juga lunch set yang mesra poket ditawarkan dari semasa ke semasa. Boleh rujuk laman FB diorang ya untuk keterangan lanjut.

Gendang gendut tali kecapi kenyang perut senanglah hati. Tak sangka bila dah kenyang tu, boleh pulak lupa ambil gambar gathering kitorang. pffttt! Yang ada gambar kita, Mia ngan baby Arianna je. Apara! Dasar manusia yang mudah hilang ingatan apabila dah kenyang betul!



Restoran Wangsa Grill by Chef Zubir
8 - 10 Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati
Kuala Lumpur, Malaysia
FBWangsa Grill By Chef Zubir
Tel: 03-4141 9979

Waktu Beroperasi:
Isnin - Ahad (Setiap Hari), 11.30 pagi - 10.30 malam


Baca juga:

7 comments:

  1. Wahh sedapnya nampak makanan-makanan dia! Grill Platter tu nampak paling mengancam sekali tapi memang kena share 4-5 orang juga tu sebab besar sangat portion dia. Haha. Btw suka juga design restoran dia, nampak world-class!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Grill Platter tu memang berbaloi. Design dia pon cosy and comfy.

      Delete
  2. Grill Platter paling menarik perhatian. Semua jenis haiwan grill, memang nampak puas hati.

    ReplyDelete
  3. Salam Maya.

    oo dia bukak branch di KL pulak ye. biasa makan yang di Shah Alam.

    ReplyDelete
  4. tengok gambar makanan tu semua terus rasa lapar...lagi2 pasta tu..sedappp.. hehe

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik ni...nanti sis nak cuba la ..kena pi cari bopren dulu...hahahaha...

    ReplyDelete
  6. Adoi tengok grill platter tu.....

    ReplyDelete