Salam semua,
Harini nak buat ulasan fasal Two Sons Bistro di KLCC pula. Dah lama juga sis tak cerita fasal makanan. Padahal gambar makanan dalam telefon tu punyalah banyak. Cuma nak update kat blog j malas. Ish ish ish... Semoga 2020 ni penyakit malas sis sembuh sepenuhnya.
|
Menu Two Sons Bistro, KLCC (Gambar dari FB Two Sons Bistro) |
Okay, sebenarnya sis dah lama tak pergi makan kat KLCC. Almaklumlah lepas dah ada bebudak ni, nak jalan-jalan jejauh nun ke KLCC memang tak mendatangkan hasil. Lagipun KLCC ni mana pernah tak crowded. Nyampah tau. Seiring dengan usia, sis suka pergi tempat yang tenang dan tak ramai orang je.
Tapi memandangkan ada sistur sorang ni cadangkan kitorang lepak-lepak makan kat KLCC Two Sons Bistro ni, sis pon ons jelah. Nak-nak bila tengok gambar-gambar menunya boleh tahan menggoda. Daripada konon nak tukar tempat lain, terus tak sabar nak pergi sini.
Memandangkan kitorang pergi malam Krismas. Maka sesaklah KLCC tu. Sebab dah tau nak makan pada malam Krismas, kitorang siap pesan kat sistur tu untuk buat tempahan. Malangnya, bila kitorang sampai, katanya tempahan kitorang takde dalam rekod. Pfftt... Terpaksalah beratur panjang. Ish ish ish.
|
Two Sons Bistro, KLCC (Gambar dari FB Two Sons Bistro) |
|
Two Sons Bistro, KLCC (Gambar dari FB Two Sons Bistro) |
Sebenarnya masa kawan cadangkan nak makan kat sini lagi, kita dah semak-semak gambar kat FB Two Sons Bistro ni. Siap minta full menu lagi. Tengok-tengok je memang dah hasut semua kengkawan yang kitorang wajib order menu istimewa kepah dan kupang (Clams & Mussels) Two Sons Bistro ni.
Apa? Nak tahu Two Sons Bistro KLCC ni halal ke? Ya. Two Sons Bistro KLCC ni ada status halal. Kalau korang nak Two Sons Bistro ni punya menu, senang je. Hanya pergi ke Facebook Two Sons Bistro dan pm kat FB Messenger untuk minta menu. Bolehlah cuci mata dulu.
Clams & Mussels Two Sons Bistro ni memang sesuai untuk dijadikan hidangan pembuka selera untuk dinikmati semua gitu! Korang boleh pilih sama ada nak kepah atau kupang, pilih sos/kuah yang dikehendaki dan pilih sidesnya yang terdiri daripada mantau, garlic bread atau kentang. Memandangkan kitorang tamak, tiga-tiga sides ni kitorang pilih. Kuah pulak, dah tergoda dengan butter cream chilli. So, datang-datang je order tu dulu sambil membuat pilihan menu individu lain.
|
Sis pilih kepah sebab tak suka kupang. |
Tada... kitorang ingatkan mantau tu besarlah. Sekali comel je gitu. Waduh-waduh. Mati-mati ingat besar macam mantau frozen jual kat pasaraya tu. Sudahnya, tambah lagi. Kalau korang datang ke sini, memang wajiblah order menu ni. Kuah butter ni nampak cair, tapi rasanya cukup dan memang lemak berkirm. Memang super recommended. Licinlah kuah tu kitorang buat cicah. Masa ni kentang tak sampai lagi.
|
Kasi close up sikit. No, ni bukan masak lemak ya. |
Okay, maafkanlah sis kalau gambar sis hodoh. Nak tunjuk sikitlah gambar dari FB biar koran pun kecur air liur
|
Ni perisa Chilli Clams. Nampak delicious kan? (Sumber: FB Two Sons Bistro) |
Untuk hidangan individu pulak, nilah antara hidangan yang kitorang pesan:
|
Grilled Salmon Steak, RM36 |
|
Steak and Eggs, RM45 |
|
Nasi Lemak Sambal Paru Petai, RM20 |
Secara amnya, makanannya enak-enak juga. Tempatnya selesa dan makan kat Two Sons Bistro ni pun pelbagai. Nak western ada, nak makanan Melayu pun ada, masakan dikongsi bersama pon sedap bebenar gitu.
Makanan dikongsi bersama dah abis, makanan individu pun dah habis. Mestilah nak pencuci mulut pulak kan? Kitorang dah lah memang hantu pencuci mulut. Tak lengkaplah kalau keluar makan tapi takde pencuci mulut sebagai penutup hidangan.
Makanya, inilah hasil tangkapan di Two Sons Bistro pada malam Krismas tu:
|
Key Lime Pie, RM18 |
Yang ni sesuai bagi mereka yang sukakan manisan yang bersifat masam. Kalau kebiasaannya, memang kena dengan taste sis. Tetapi oleh kerana ada saingan yang memang menakjubkan, Key Lime Pie yang kitorang order ni terbiar sepi.
Apakah pencuci mulut yang begitu hebat sekali tu? Jeng jeng jent
|
Chocolate Lava Cake, RM21 |
Perlu ditegaskan di sini bahawa sis bukanlah peminat segala manisan yang berperisa coklat melainkan coklat itu sendiri ya. Sis tak suka kek coklat, tak suka brownies, tak suka aiskrim perisa coklat. Tapi Chocolate Lava Cake ni sememangnya heaven kau! Tekstur luarannya yang rangup dengan lavanya yang melimpah namun tidak terlalu manis tetapi chocolatey tu memang menawan hati. Lagilah bila dipadan dengan aiskrim vanila. Rasanya memang umph tak terkiralah!
Secara keseluruhannya, sis memang tak ada apa nak dirungut kat sini sebab pembukanya sedap (Clams & Mussels), menu individu sis iaitu Grilled Salmo Steak pun dimasak dengan sedap. Salmonnya tak kering, dan akhir sekali, pemanis mulutnya memang menceriakan hari dan memaniskan lagi senyuman.
Kalau korang jenis suka mencuba, bolehlah datang untuk menikmati hidangan di sini. Banyak lagi menu yang tak sempat sis cuba. Tapi sebagai seorang yang kuat dengki bak kata Hariz, nah... Sis bagi korang cuci mata juga dengan pilihan makanan kalau sis berkunjung ke sini lagi.
|
Chili Crab. Memang fevret dari dulu. Takde sesiapa ke nak belanja? (Sumber:FB Two Sons Bistro) |
|
Philly Cheese Steak (Menggoda kau!) Sumber:FB Two Sons Bistro |
Sekian ulasan sis untuk kali ini. Daa~~
No comments:
Post a Comment