Thursday, 6 February 2020

Review: Percutian Pendek Keluarga di Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon


Hai semua,

Lepas dah cerita kisah masuk wad, sis nak cerita fasal percutian pendek sis bersama-sama anak tersayang di Sunway Pyramid Hotel dan Sunway Lagoon pada 17-19 Januari yang lepas pulak. Ya, I know. Mesti korang rasa macam, alah, siapalah tak pernah p Sunway Lagoon tu. Sunway Lagoon je kot. Ngehehhehe....Tapi still, sis tetap nak cerita juga walau dicemuh kerana ni kali pertama sis bawak bebudak pergi Sunway Lagoon.

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon

Sebenarnya masa budak-budak ni kecik-kecik dulu, sis tak berani sangat nak bawak bebudak ni pergi mana-mana seorang diri. Al-maklumlah, paling jauh pun balik Nilai pergi rumah kakak je. Perjalanan dalam lebih kurang 45 minit sampai sejam. Tapi, punyalah mencabar bila bawak budak-budak kecik. Tengah memandu tu, sorang teriak, sorang main brek tangan, kekadang dua-dua bergumpal bergaduh. Tekanan perasaan dan minda.

Namun tahun lepas, sis merasakan diorang sudah cukup besar untuk diangkut ke mana-mana dan sudah lebih mendengar kata. Makanya, bermulalah dengan trip ke Langat, Port Dickson dan sebagainya.Seronok diorang. Terus ajak kita pergi tidur hotel lagi katanya.

Memandangkan adik kita diperuntukkan 5 tiket Sunway Lagoon yang disubsidi, makanya dia pun ajaklah sis dan anak-anak bertiga untuk turut serta. Dan memandangkan sis kesiankan bebudak tu yang beriya nak tido hotel, makanya sis pun tempahlah penginapan 3 hari 2 malam di Sunway Pyramid Hotel. Lagipun, tak pernah lagi menginap kat Sunway Pyramid Hotel ni. Bolehlah sambil-sambil tu buat review. Sememangnya sis ada plan nak menginap kat semua hotel-hotel yang jenis bersebelahan/berdekatan atau bersambung dengan mall atau theme park. Dulu pun dah pernah tulis beberapa ulasan hotel yang serupa antaranya Banjaran Hot Springs, Amverton Cove, Hotel De Art, The Pearl Kuala Lumpur dan sebagainya.

Bebudak pula sebulan sebelum lagi dah mula buat kira detik nak menginap kat hotel dan pergi main di Sunway Lagoon. Memang teruja benar lah kiranya. Tah dari mana dia dapat tahu fasal Sunway Lagoon tah, asyik berzikir je nak pergi Sunway Lagoon. Bila dia tau maknya nak bawak, memang asyik kira berapa hari je lagi tinggal sebelum hari keberangkatan.

Dalam pada tu, maknya pun buatlah tempahan, oleh kerana nak buat ulasan, beriya buat tempahan kat booking.com untuk 1 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak sekali dengan sarapan pagi. Dalam hati fikir, mesti bebudak suka makan breakfast buffet kat hotel ni sambil sengih-sengih gembira.

Oleh kerana bebudak balik lambat pada hari Jumaat dan hari Jumaat pula jalan memang jem. Jadi makanya sis pun daftar masuk lambat lah kat Sunway Pyramid Hotel ni. Dalam kol 10-11 jugaklah. Esoknya hari Sabtu, awal-awal lagi dah kena berkumpul kat Sunway Lagoon. Eloklah tinggal kat hotel je. Takdelah terhegeh-hegeh pepagi nak angkut bebudak pergi Sunway, cari parking dan sebagainya. (padahal rumah sekangkang kera je dari hotel, pffttt...)

Tapi malam tu jugak sis dah mula bengang dengan tempat letak kereta kat Sunway Pyramid Hotel ni. Punyalah sis parkir kereta dekat dengan lif sebab banyak barang nak kena bawak (dua orang anak, beg-beg, pelampung diorang semua tu lagi) sekali, lif yang paling dekat dengan sis tak boleh pakai! Haprak! Lepas tu pergilah lif tengah, for staf only. Lif ada, tapi tak boleh tekan pun butangnya. Carut lagi dalam hati. Lif yang ketiga barulah boleh pakai. Kira dari hujung ke paling hujunglah ni. Geram je sis, kenapalah tak buat tanda arah siap-siap. Mana satu lif untuk tetamu hotel.

Sampai je kaunter daftar masuk, sis pun bagilah maklumat bla bla bla... Tapi omakkau, mentang-mentanglah sis dah bersiap pakai baju tidur je sebab dah lewat malam, terus dilayan secara cacah-merbah. Dengan muka tiada senyuman ala-ala mesinnya, pot pet pot pet ntah apa. Yang terpenting, sis dengar, breakfast hanya untuk 1 orang dewasa. Kanak-kanak caj extra. Terus sis dah bengang. Sebabnya, harga pakej with breakfast dan without breakfast tu beza ratusan ringgit jelah. Dan kat booking.com tu memang dah ada tetapan usia budak. Kalau bebudak kena caj, tak kiralah mana-mana pihak sekalipun, aka sama ada booking.com atau pihak Sunway kenalah buat penafian yang mengatakan breakfast hanya untuk dewasa. Ini tidok. Statementnya ialah this package fits your family 1 adult + 2 children. Sampai hotel, katanya, kanak-kanak tak termasuk. Apakah?

Selepas tampran breakfast kena tambah tu, pegawai khidmat pelanggan tu juga dengan muka robotiknya mengatakan dia dah naik taraf bilik sis. Oleh kerana dia muka robotik, jadi sis pun mengucapkan terima kasih dengan robotik juga.

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
To me biasa-biasa je interiornya...banyak lagi hotel yang lagi cantik

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
Dari sudut lain pulak

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
Menu, telefon dah jam

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
Fat-fat terus lompat katil tengok tv. Macamlah kat rumah takde tv

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
Ada complimentary drinks ini saja

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
Peti es kosong

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
Bagus...ada peti besi. Actually ada seterika dengan papan seterika. Tak snap kot

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
Bilik air

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
Jamban ada bidet

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
Ada pengering rambut 
Secara keseluruhannya, biasa-biasa jelah bilik hotelnya. Takdelah seimpressive mana pun. Pihak pengurusan hotel pun ada courtesy untuk maklumkan pada para tetamu dijangka esok ada crowd memandangkan ada majlis korporat yang diadakan di Sunway Lagoon. At least takdelah tetamu kehairanan kenapa ramai sangat manusia kat situ. Yang baik kita puji, yang tak baik kita keji. Ha... so usaha ni sis puji pihak Sunway Pyramid Hotel.

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon


Esoknya pagi-pagi lagi diorang dah bangun dan tanya sama ada mak cik diorang dah sampai ke belum sebab tak sabar nak p Sunway Lagoon. Bebudak ni memang pantang kita janji kan.... Sebelum keluar, letak dulu tanda untuk minta bilik dikemas sebab sis sejenis tak suka lihat rumah atau bilik bersepah. Pastu, kalau diorang tak kemas, nanti tak dapat pulak air mineral percuma tu. Kitorang dah lah kuat minum air.

Oleh kerana sis pun dah lama tak pergi Sunway Lagoon, memang tak dinafikan pengalaman kat Sunway Lagoon ni menyeronokkan, lagi-lagi bila nampak wajah-wajah tersayang gembira bermain pelbagai kemudahan kat Sunway Lagoon. Oleh kerana malas nak bawak fon, makanya gambar pun agak terhad.

Tapi memang tak sangka Hariz yang pengecut pun berani main semua gelungsur air walaupun biasanya dia pengecut. Hehehehe...

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
Ariana pon ikut jugak. Arianna pon nak main


Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
Arianna je bosan, dok gigit orang sebab dia tak boleh main ride

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
Face painting

Setelah sekian lama tak berkunjung ke Sunway Lagoon, sis dapati ada penambahbaikan Sunway Lagoon dari segi pilihan restorang yang ditawarkan. Rasanya masa kecik-kecik dulu, takde sangat restoran berjenama gah macam Starbucks, Burger King dan sebagainya. Semuanya lebih kepada internally operated stalls and restaurants je. Ni satu penambahbaikan yang bagus sebab pelanggan diberikan lebih banyak pilihan.

Namun macam biasa, masih banyak kemudahan yang masih dinaiktaraf dan ini bererti, banyaklah permainan yang tak boleh dimain. Kebanyakannya permainan kegemaran sis pulak tu. Uwaaaa!!

Dari segi zoo pula, rasanya makin banyak haiwan yang ada. Yang ni bagus.

Malam tu, lepas balik dari Taman Tema Sunway Lagoon, sis dapati bilik sis tak dikemas pun. Apa dasar hampeh servis kat Sunway Pyramid Hotel ni? Sis keluar dari pukul 8 pagi, pukul 6 petang baru balik. Tapi bilik sama je bersepah. Sentuh pun tidak. Yang paling geram. Air mineral mana? Mana? Benci betullah bila kejadian macam ni menimpa.

Lepas mandi dan solat maghrib, bebudak dua-dua koma teruk. Sampai tidur pun terjelir lidah. Punyalah penat ibarat petani yang mencangkul dan bercucuk tanam di sawah padi. Punah harapan mak nak bawak diorang jalan-jalan Sunway Pyramid. Makanya last-last, mak jelah pergi jalan-jalan seorang diri.

Kalau hujung minggu biasa, memang taklah sis nak pergi Sunway Pyramid yang susah giler nak cari parking ni. Ni alang-alang dah dekat, jalan jelah ke sana.

Esok paginya, oleh kerana bebudak takde pakej breakfast, sis bawa jelah diorang seberang jalan makan KFC. Puas hati mak. Daripada nak top up lagi RM100 lebeh untuk makan sarapan, baik sis bawa KFC je. RM50 tak habis untuk 4 orang makan.

Lepas sarapan, bebudak request nak mandi pool sebelum daftar keluar dari hotel. Terus sis tertanya-tanya, ada ke kolam renang kat Sunway Pyramid Hotel ni? Kat lif takde pulak tulis kolam renang kat tingkat berapa. Tapi bila tengok kat Booking.com, ada pula ditulis kemudahan pool.

Jadi sis pun telefonlah khidmat pelanggan. Rupa-rupanya memang ada pool, tapi korang kenalah menapak ke Sunway Resort & Spa. Terus ternganga jap sis. Ingatkan ada hotel Sunway kat situ cuma Sunway Pyramid Hotel ngan Sunway Clio Hotel je. Rupa-rupanya ada lagi satu Sunway Resort & Spa.

Kalau korang dari Sunway Pyramid Hotel tu nak menapak ke Sunway Resort & Spa, takyahlah tukar baju siap-siap. Jauh gak weh. Tukar jelah pakaian mandi bila dah sampai Sunway Resort & Spa tu.

Sampai je lobi, memula rasa macam best je Sunway Resort & Spa ni. Tapi bila sampai kat kolam renang dia je, terus sis rasa next time nak try daftar masuk sini pulak. Niceeee sangat. Heaven!


Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
Pemandangan dan persekitran kat pool Sunway Resort & Spa memang bestlah

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
Boleh lepak kat kerusi sambil tengok budak-budak berenang

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
Cantik woo... ini membuatkan sis teringat kat Banjaran HotSprings... ala-ala camnilah

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
Ada tempat shisha tu sebelah kolam

Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon
Gumbira ya dapat main pool?
Dalam kol 11 camtu, sis dah mula teriak suruh bebudak naik darat dan berkemas pulang. Almaklumlah daftar keluar pukul 12 kannnn.... pantas je kitorang berkemas. Sambil-sambil tu, sis juga semak semula Booking.com dan kaunter untuk kepastian sama ada caj parkir adalah percuma untuk tetamu hotel dan ternyata perkara itu benar.

Lepas daftar keluar, sis pun pergi ke Concierge untuk dapatkan kad parkir. Pihak Concierge minta sis keluar dari B1 atau B3. Dengan gumbiranya sis pun mahu keluar. Tapi, rupa-rupanya ada pula isu dengan kad parkir di laluan keluar B1 ni. Eiiii....Tempat kereta Sunway Pyramid Hotel ni tak habis-habis nak menyakitkan hati sis.

Mana taknya? Sampai kat palang, kad parkir tu tak boleh diterima. Dahlah hari Ahad, belakang kereta bersusun kau! Bila interkom, orang tu leh lak cakap kena keluar dari B3, B1 takleh. Eh!! Padahal Concierge ko yang kata keluar kat B1. Ni yang rasa nak carut lagi ni. Terus pening kepala kena reverse-reverse dan keluar dari B3 bagai.

Senang kata, tempahan Booking.com bagi penginapan kat Sunway Pyramid Hotel kali ini memang tidaklah memuaskan hati. Secara keseluruhannya, memang tak berbaloilah dengan pengalaman dan servis yang ditawarkan dengan duit yang sis keluarkan. Bak kata kawan sis, CP value tu kureng. Harap dekat jelah dengan Sunway Pyramid Mall ngan Taman Tema Sunway Lagoon, dari segi harga, perkhidmatan dan lain-lain mehhhhh sangat!

Balik tu, dapat pula survey yang dihantar oleh Booking.com serta pihak Sunway Hotel. Erm... Memang sis bubuh sajalah semua yang tak puas hati tu. Geram woo bila dilayan sememeh je hanya kerana sis rakyat tempatan dan berpakaian sememeh walhal sis bayar k, bayar! Sis memang sejenis kalau keluar dengan keluarga, malas nak melawa, sebab rasa selesa dengan diorang. Tapi tak sangka begini sis dilayan. Cuba sis mat salleh atau pak arab, tentu layanan 5 bintang sis terima. Ye dok?

Sekian, perkongsian kali ini....

Da~~~

Baca juga:


Review: Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Highlands

1 comment: