Thursday, 12 March 2020

Pengalaman Batalkan Pembiayaan ASB (Cara dan Proses Pembatalan ASB Loan)


Hai semua,

Harini saja nak kongsikan pengalaman batalkan pembiayaan ASB atau orang kata, cancel atau terminate ASB Loan. Memandangkan masa sis nak batalkan dulu punyalah Google fasal proses pembatalan pembiayaan ASB atau terminate ASB loan ni tapi tak jumpa, jadi ada baiknya juga sis ceritakan kat sini supaya boleh dijadikan sebagai rujukan sesiapa yang teringin nak tahu proses pembatalan ASB ni.

Sumber gambar: Loanstreet
Kisahnya, sis dah amik pembiayaan ASB ni sejak bujang dulu lagi. Dalam tahun 2010. Sekarang dah tahun 2020. Memandangkan faedah ASB ni semakin lama semakin mehhhh sangat, sis pun malaslah nak berloan-loan ni. Lagipun, objektif kewangan pada tahun 2020 ni adalah untuk bebas daripada pinjaman dan pembiayaan gitu. Jadi, sebagai manusia yang gigih, tak bolehlah sekadar omong kosong je kan? Makanya pada sekitar 23 Januari 2020 yang lalu, sis pun telah dengan gigihnya pergi ke kaunter Maybank yang paling berdekatan untuk menyatakan hasrat sis untuk membuat pembatalan pembiayaan ASB ni.

Untuk urusan pembatalan ni, walaupun masa buat loan tempoh hari, cawangan Maybank KL Jalan amender tah yang luluskan, tapi tak kuasalah sis nak pergi jauh-jauh sana batalkan. Pembatalan ASB ni korang leh pergi je mana-mana cawangan yang berdekatan. Jadi, sis pun pergi je kat Maybank dekat ngan ofis. Sampai je sana, ambil nombor, bagi IC, dia terus suruh isi borang pembatalan.

Dah siap je isi, sis punya tanyalah orang kaunter Maybank tu, so macam mana ek prosesnya? Acik kaunter Maybank tu kata dia akan poskan borang pembatalan tu ke Maybank KL Jalan amender tah tu, nanti orang kat sana akan hubungi cik. Sis pun, okey.

Lepas tu, lama gaklah sis menanti dan menanti. Tapi tak hader berita. Lagipun siapa suruh buat sebelum Tahun Baru Cina kan? Dah sah-sahlah semua mood raya. Tak kuasalah nak layankan pembatalan uol yang tak mendatangkan keuntungan tu. 

Sekitar 2 minggu kemudian iaitu dalam pertengahan Februari, sis dapat panggilan dari Maybank cawangan KL Jalan amender tah tu. Pegawai bank tu dengan nada yang ceria dan riang tanya betul ke cik nak buat pembatalan pembiayaan ASB? Boleh saya tahu kenapa? Sis pun jawab jelah apa-apa janji dia puas hati. Lagipun, mestilah bos dia nak tau kenapa pelanggan nak kenselkan kannnn.... korang bagi jelah apa-apa alasan yang munasabah. Puas hati dengan jawapan sis yang bernas lagi bijak, pegawai bank tu pun cakap, baiklah, kalau gitu, saya akan teruskan dengan pembatalan ya cik. Tapi kalau nanti cik nak ambil lagi pembiayaan ASB, ambiklah balik dengan kami. Gituuuu! Bagus kau ya cik pegawai bank. Kakak bagi 5 bintang.

Pastu pegawai bank macam dah nyampah kat sis, terus dia nak letak telefon, tapi dihalang dengan soalan sis yang bertubi-tubi pulak. Oh, kau tanya aku, boleh? Aku tanya kau, takkan tak boleh pulok? Ye dok? Jadi sis pun tanyalah, jadi berapa lama saya boleh dapat duit saya ehhh.... ngahahahaha... Soalan cepumas. Cik pegawai bank pun jawab, cik hantar Januari aritu. Tengoklah dalam Februari nanti. Pastu kitorang pun babai kat satu sama lain sambil hati sis berdengus. Ko ingat sekarang Januari lagi? Sekarang dah pertengahan Februari dah oii.... Dah la Februari pendek. Jap je dah abis.

Makanya penantian demi penantian yang tak pasti. Sis kekadang jelah check akaun Maybank tu masa nak transfer-trasnfer duit ke sana sini. Pastu pada satu hari yang bosan sewaktu sis dimasukkan ke wad iaitu pada 5 Mac lepas, sis perasan kat bahagian pinjaman Maybank2u tu, ada duit masuk ke dalam akaun pinjaman....Tapi masuk kat Maybank je la namanya. Tak dapat lagi kat sis. Terus sis lebih rasa bersemangat untuk hidup.



Pada Isnin, 9 Mac, sis dapati duit yang sis patut dapat hasil jualan ASB tu diapungkan untuk tempoh sehari (one-day float). Jadi, sis sangat yakin duit akan masuk pada 10 Mac. Lagilah sis bersemangat tido dan bangun awal keesokan harinya untuk tengok duit masuk (keh keh keh).

Pada 10 Mac, memang benarlah duit jualan balik ASB sis dah selamat masuk ke dalam akaun sis. Setakat posting ini ditulis iaitu pada 12 Mac 2020, duit dah habis. Jadi pada sesiapa yang berniat nak pinjam duit dengan sis tu, boleh batalkan dah niat tu ya. Tapi kalau nak derma, sis sentiasa alu-alukan. Takyah segan-segan, takyah malu-malu. Habaq mai je.

Okey, kesimpulannya cara dan proses pembatalan pembiayaan ASB adalah seperti berikut:

1. Isi borang pembatalan pembiayaan ASB di mana-mana cawangan bank yang korang buat pinjaman
2. Dalam tempoh 2-3 minggu, pegawai bank akan buat pengesahan pembatalan
3. Dalam tempoh 4-6 minggu, diorang akan uruskan jualan saham dan duit jualan balik akan masuk ke akaun pinjaman
4. Duit dari akaun pinjaman akan dimasukkan ke akaun dalam tempoh 3-5 hari bekerja
5. Duit akan diapungkan selama 1 hari sebelum masuk ke akaun simpanan uol
6. Dalam beberapa hari lesap korang shopping semua duit (ngahahaha...ni sis buat-buat je)

Sekian perkongsian kali ini, moga ia dapat dijadikan sebagai rujukan pada korang-korang semua. Muah! Kalau korang rasa perkongsian ni berguna, mohon doakan sis tercapai objektif sifar hutang pada tahun ni ya? Makasih. You all the best!

OXOXO


Baca juga:

Pengalaman Penyelesaian Awal Pembiayaan Bank Rakyat
Cara Dapatkan Pengecualian Yuran Tahunan Kad Kredit
Cara Batalkan Kad Kredit
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Expense Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan

11 comments:

  1. Sy nk jual saham ASB sy mcm Man cara nya ye..

    ReplyDelete
  2. berapa jumlah jualan balik yg kita akan dpt ye ? adakah mengikut thun yang kita bayar loan tu .. slam singgah. thanks untuk info yg sngt menarik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumlah pinjman tolak baki loan. cth : 20000 - 12500 = 7500

      Delete
  3. sy dh batal.kenapa dpt notis kena bayarlagi?

    ReplyDelete
  4. nampaknye i kena tunggu mac lah ni. Terminate 7.1.2021 then still now masih dl proses tapi amount sijil pinjaman kat ASB dah takde. cume kat maybank akaun still ade amount loan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dpt dapat ke bayaran balance ASB??? Berapa lama tarikh masuk bank???

      Delete
  5. Klau dekat bahagian pinjaman tu negative ap maksudnya ye..

    ReplyDelete
  6. Dalam proses termination tu , kite perlu bayar lagi x installment bulan bulan 2 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih kena bayar, potongan masi berjalan bln 2 .huhu

      Delete
  7. ada charge apa apa x . kdg bank ni bukan betul2 tibe tibe ada charge huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman sekarang jarang lah tiba2, kalau ada charge biasanya ada je tertulis dalam contract

      Delete