Pekabo musim PKP ni? Semua sihat? Semua okey? Diharap semua dalam keadaan yang baik hendaknya. Bagi mereka yang terkesan dengan Covid-19 ni, saya doakan semoga dipermudahkan dan dipermurahkan rezeki. Insyallah amin.
Kalini sis nak cerita fasal menu baru Marrybrown iaitu rangkaian makanan segera yang sinonim dengan zaman kanak-kanak sis dahulukala. Kalau korang tak cukup muda macam sis, makanya ia tak sinonimlah dengan zaman kanak-kanak uol.
Okay, sambung straight ke topik utama kita iaitu menu baru MarryBrown yang sis dah gembar-gemburkan pada tajuk blog ni. Menu Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken Eggstra Padu kali ini sebenarnya menampilkan sos telur masin yang enak dan lazat. Yums! Sesuai bagi mereka yang memang minatkan rasa unik telur masin yang masam, manis dan pedas.
Tak dinafikan rakyat Malaysia macam kita semua ni sememangnya gemar mencuba sesuatu yang baru. Yep, jadi inilah peluang korang untuk merasai menu berasaskan telur masin yang menggoda ni. Kalau diikut dengan tekak ala kayangan sis, ayam goreng crispy serta daging ayam crispy yang diapit dengan roti burger ni memang sesuai dipadankan dengan sos telur masin ni. Sosnya yang pekat juga padu dengan rasa telur masin kerana ia diperbuat daripada telur masin sebenar.
Jom kita skodeng sat apa dua menu baru Eggstrapadu Marrybrown ni:
1. Hotouch Burger Eggstra Padu (Burger Telur Masin)
Dihidangkan dengan jejari kentang dan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea yang menyegarkan
Harga: Bermula daripada RM15
Set burger telur masin, jejari kentang dan teh lemon ais |
3. MB Crispy Chicken (Ayam Goreng Telur Masin)
Dihidangkan dengan kentang putar, salad serta minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea yang menyegarkan.
Harga:
2 ketul : Bermula daripada RM15.903 ketul : Bermula daripada RM18.80
Set Ayam Goreng, Salad, Kentang Putar dan Teh Lemon Ais |
Okay, cerita pun dah habis cerita. Gambar poun dah habis tunjuk. Ulasan pun sis dah habis cerita. Apa lagi? Bak kata mat salleh, to eat is to believe, lekaslah ke Marrybrown berdekatan untuk rasa sendiri Menu Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken Egg-stra Padu ni.
Pastu meh kongsi sikit komen kat sini. Selamat mencuba uol!
Da~~
Terbaek 👍
ReplyDeleteJemput join segmen 👇
https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1
Hans suka burger dia
ReplyDeletedua kali dah makan
maybe kali ketiga
hehehe