Hai semua,
Tel : 03-5523 8850
Tel: 03-7890 1688
Harini nak cerita sedikit fasal senarai kedai barang kek atau bahan bakery di Shah Alam, Selangor. Saja nak share terus satu list daripada korang asyik kena buat carian kedai barang kek atau kedai bakery near me. Ngehehhehee...
Kalau korang sentiasa mengikuti kisah saya, mesti korang tahu kebelakangan ni sis dah terjerumus dalam kancah pembuatan kek dan reroti.
Makanya, segala macam resepi roti, kuih-muih, kek dan manisan semuanya sis teruja nak mencuba. Bila dah berjaya pulak, makin berkeyakinan untuk cuba resepi yang seterusnya dan berlanjut-lanjutanlah minat sis dalam bidang pembuatan kek dan reroti ni.
Mana nak cari bahan bakeri pun satu persoalan juga |
Kisahnya, dari dulu memang sis minat dunia bakeri, kek, reroti dan pastri. Malah lepas tamat pengajian sarjana muda dulu pun, sis pernah menyatakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang bakeri atau seni kulinari kepada arwah mak dulu. Malangnya, arwah mak pada waktu tu tak bersetuju. Mak minta sis terus mula bekerja. Uwaaa! Rentetan perkara ni, bertahun-tahun jugalah sis merajuk untuk menyinsing lengan dan membuat kek dan reroti segala bagai. Sampailah musim PKP ni, terbuka pula pintu hati untuk menceburi semula.
Berbalik pada minat dalam bakeri, sewaktu sekolah menengah lagi, pelajar perempuan Foon Yew High School (alma mater sis) memang wajib ambil mata pelajaran menjahit dan memasak. Ni bukan mata pelajaran sampingan tau, grading dia siap masuk markah keseluruhan lagi. Masa tulah sis banyak belajar tentang baking dan memasak.
Okey sambung cerita, kalau nak baking, mestilah kena ada bahan. Nak beli bahan, mestilah kena tahu mana kedai atau pembekalnya. Berkat PKP ni, barulah sis tahu mana kedai bahan bakeri yang ada di sekitar Shah Alam ni. Meh jenguk senarai kedai bahan bakeri di Shah Alam:
Pembekal Bahan-bahan Bakeri Whisk (Whisk Ingredient Supply)
Whisk ataupun Pembekal Bahan-bahan Bakeri Whisk merupakan salah satu tempat yang dituju bagi mereka yang bergelar bakers mahupun mereka yang minat dalam bidang pembuatan kek dan reroti. Banyak pula tu cawangan kedai Whisk ni, ada whisk Seksyen 9, 20 dan sebagainya. Senarai seperti di bawah:
Salah satu cawangan Whisk (Sumber: Laman Web Whisk) |
Seronok woo tengok semua ni bersusun. Rasa nak borong semua |
Perhiasan kek pun penting jugak |
Cawangan Whisk di sekitar Shah Alam:
1.Whisk Cawangan Seksyen 20
Alamat: No 13, Pusat Perdagangan Suri Puteri, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40200 Shah Alam, Selangor Daru Ehsan
Tel: 03-5545 8858
Waktu Operasi:
Isnin-Sabtu: 9 pagi - 7 malam
Ahad: 9 pagi- 5 petang
2. Whisk Cawangan Seksyen 9
Alamat: No 9, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 8850
Waktu Operasi:
Isnin-Sabtu: 9 pagi - 7 malam
Ahad: 9 pagi- 5 petang
3. Whisk Cawangan Seksyen 32
Alamat : No 9G, Jalan Sungai Keranji Q 32/Q, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-5525 8878
Waktu Operasi:
Isnin-Sabtu: 9 pagi - 7 malam
Ahad: 9 pagi- 5 petang
Pembekal Bahan Bakeri Bake With Yen
Bake With Yen ni satu lagi jenama yang sering dicari-cari bagi mereka yang gemar membuat kek, reroti dan pastri. Banyak juga cawangan Bake With Yen ni di seluruh Malaysia. Tapi kat Shah Alam ni, cuma ada satu je cawangan Bake With Yen iaitu:
4. Bake With Yen Shah Alam, Selangor (Seksyen 19)
Alamat: No. 65, Jalan Nelayan A 19/A, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel/Whatsapp: 03-5545 2686
Waktu Operasi:
Isnin-Sabtu: 8 pagi - 7 malam
Ahad: 9 pagi- 7 malam
Sumber foto: Facebook Bake With Yen, Cawangan Johor |
Salah satu cawangan Bake With Yen |
Awanti Bakery & Ingredients Sdn. Bhd.
Satu lagi yang sis selalu pergi, biasanya untuk mendapatkan cip coklat ialah Awanti BakeryAwanti ni rasanyalah... Rasanyalah... Tak sepopular dan banyak cawangan macam Whisk dan Bake With Yen ni. Kalau bukan kerana ternampak ada hantaran (posting) dalam Faceboook yang memperkenalkan kedai bahan bakeri ni, sumpah sis takkan tahu.
Alangkan my nanny tersayang yang selalu buat kek dan kuih-muih pun tak tahu, apatah lagi sis yang sangat-sangat amatur ni? Kedai-kedai bakeri sebelum ni pun dia yang kenalkan. Kuang kuang kuang.
5. Awanti Bakery & Ingredients Sdn. Bhd.
No. 4, Jalan Tengku Ampuan Zabedah G9/G,
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-5523 9818
Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat : 9 pagi hingga 5 petang
Gambar amik dari kereta je uols |
Kalaulah peti ais penuh cenggini |
Geram tengok kekacang ni. |
Bagus Baking Solutions
Akhir sekali, salah satu jenama bahan bakeri yang selalu kita nampak di pasaraya besar ialah Bagus. Sis selalu nampak jenama Bagus ngan Meriah kalau tak silap kat pasaraya macam Giant, Tesco dan sebagainya. Tapi tak sangka pula ada juga kedai pembekal bahan bakeri Bagus ni sendiri. Dekat je pulak tu dengan rumah.
6. Bagus Baking Solutions
56A Jalan Rugbi 13/30, Tadisma Business Park Section 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.Tel: 03-7890 1688
Waktu Operasi: Isnin-Ahad, 9 pagi- 6 petang
Papan Lapik Kek |
Macam-macam tepung ada |
Baiklah, sekian sahaja perkongsian sis di sini. Kalau korang tahu mana-mana kedai dan pembekal bahan baker di sekitar Shah Alam, wajib tinggalkan komen dan beritahu sis tau. Manalah tahu port tu ada barang-barang yang sis perlukan.
K, da~~~