Saturday, 3 April 2021

Senarai Kedai Makanan Keto Instagram di Kawasan KL Selangor


Hai semua,

Alang-alang haritu dah cerita fasal diet, harini kita sambung topik diet keto plak. Macam yang saya dah ceritakan sebelum ni, diet keto (rendah karbo tinggi lemak -Low Carb High Fat/LCHF) ni sebenarnya agak mencabar juga terutamanya kalau korang pemalas dan pemakan macam saya.

Sebenarnya kalau rajin, boleh je masak hidangan diet keto yang ringkas dan mudah setiap hari. Tapi kalau korang jenis sentiasa sibuk dan berselera pelbagai macam saya, maka lebih baik korang tahu senarai kedai-kedai yang menyediakan makanan keto dan sediakan bekalan makanan keto yang secukupnya di rumah, supaya korang tak terjebak untuk makan makanan yang tidak lulus keto disebabkan faktor terliur.



Okay, takmo bercerita panjang lagi. Ajoms kita tengok senarai penjual/kedai makanan keto yang sis pernah order atau teringin nak order. Perlu diingatkan semua penjual tersebut menjual di platform Instagram:

1. Larra Bakes

Kalau korang jenis yang gemar makan pemanis mulut, ha ni dia kedai yang jual kek lulus keto yang sangat enak. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sis, kebanyakan kek keto mempunyai tekstur yang tak berapa jelita dan halus serta rasa yang tak kurang enak berbanding kek bias atas faktor perbezaan bahan yang boleh digunakan.

Tapi kebanyakan kek di Larra Bakes memang enak tak macam kek keto tipikal yang sis pernah beli. Rasa dia sedap dan ada yang lebih sedap daripada kek besar.

Jadi kalau nak makan kek, memang sis sangat-sangat syorkan Larra Bakes ni. Apa yang sis syorkan? Kek keje daripada Larra.Bakes. Pilihan saya? Keto Caramel Cheesecake dan Keto Blueberry Cheesecake. Memang sedap hingga menjilat jari sampai korang lupa ini ialah kek diet.

Berminat? Boeh juga buat pesanan daripada laman web https://larrabakes.oddle.me/en_MY/




2. Ketosis_my

Ketosis_my merupakan permulaan perkenalan sis tentang kedai yang menjual makanan lulus keto. Sis masih ingat lagi masa tu ternampak kat wall Facebook rakan tentang pelan diet dia. Katanya, siapa cakap masa diet tak boleh makan pemanis mulut. Dari situ, barulah sis sedar banyak je sebenarnya pemanis mulut dan makanan yang dianggap tak lulus diet yang boleh dimakan. Contohnya kek, aiskrim, coklat, piza dan sebagainya.

Tidak seperti Larra.Bakes, jenis makanan yang ditawarkan adalah lebih menyeluruh dan pelbagai iaitu daripada burger, piza, masakan Malaysia seperti laksa, sate, roti hinggalah kek, wafel, bun dan sebagainya.

Antara makanan yang sis pernah cuba dan sangat-sangat syorkan ialah:Makanan savuri (sauvory): roti buku, pai ayam dan pai cendawan dan stik
Makanan manis: kek keju karamel masin, strawberi dan blueberi, serta wafel dan sos coklatnya.







3. Ketoshop_bukitjelutong

Ketoshop_bukitjelutong juga merupakan salah satu kedai keto kegemaran saya. Makanan yang dijualnya juga mempunyai niche yang tersendiri.

Kedai ni bagi saya menawarkan lebih banyak makanan ala-barat seperti ayam bakar, cop kambing, piza, lasagna, lada benggali sumbat dan sebagainya. Yang menariknya, ada juga makanan Melayu seperti rendang, sambal, nasi goreng dan tauhu sumbat. Pemanis mulut juga turut ditawarkan tetapi pilihan agak terhad.

Antara makanan yang sis pernah cuba dan sangat-sangat syorkan ialah aneka jenis pizanya! Sis bermula membeli di sini kerana malas nak masak sambal. Jadi nak pesan je sambal keto dari kedai ini. Namun penjual tersebut menyarankan pizanya yang mana menu tersebut merupakan menu paling hangat mereka. Ternyata sis sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana bagi sis, piza yang dijual Ketoshop_bukitjelutong memang enak, malah jauh lebih enak daripada piza bukan keto di luar sana.

Setakat ini, sis dah cuba semua jenis pizanya kecuali perisa Salmon. Memang boleh mengigaulah dibuatnya bila kita kenangkan keenakan dan kelazatannya! Serius tak rasa macam diet.





4. Keto Republic Malaysia (keto.republic)

Ni lagu satu kedai makanan keto yang memang sis paling fevret. Mana taknya? Kebanyakan penjual lain memang produk mereka sangat superb, tapi bab penghantaran kurang tepat. Ini agak sukar bagi sis yang sentiasa aktif dan on-the-go gitu.

Tapi Keto Republic Malaysia ni memang perfecto. Layanan superb, makanan memuaskan hati, penghantaran pun memang lima bintang. Tepat pada masanya dan konsisten. Memang muah muah lebih lah kat kedai ni.

Berbeza dengan kedai-kedai keto lain, kedai keto ni menawarkan meal prep yang lengkap untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Meal prep lengkap ni pula disesuaikan dengan menu-menu yang sangat kena dengan tekak Malaysia. Korang boleh pilih sama ada nak pesan satu menu sahaja ataupun pakej 3 hari, 5 hari, 7 hari atau 15 hari terus.

Bagi yang pemalas dan sentiasa macam saya, memang sangat-sangat sesuai dan sangat-sangat disyorkan. Hari-hari takyah fikir nak makan apa, pesan, simpan, keluarkan bila perlu dan panaskan saja kembali. Hidangan disediakan dah cukup lengkap dengan sayur, protin dan sajian utama.

Dengan menu hidangan meal prep daripada Keto Republic Malaysia ni, korang pun tak mudah rasa jemu sebab asyik makan menu yang sama je.

Antara menu kegemaran sis ialah Paprik Ayam Keto, Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah Keto, Ayam Kung Pao dan Nasi Keto, Keto Nasi Lemak dan Udang Sambal, Kepak Ayam dan Brokoli Berkrim Keto, Daging Goreng Ala-Thai Keto, Nasi dan Daging Teriyaki Keto dan pelbagai lagi.

Dengan pelbagai menu enak macam ni, perjalanan diet korang harusla tidak rasa membosankan langsung! Memang bernas kedai ni!





5. Bakes.etc

Jujur sis katakan, sis merupakan peminat savuri berbanding manis. Pemanis mulut atau hidangan manis ni sebenarnya sis tak berapa minat. Tapi sis juga mempunyai tabiat buruk nak makan sedikit pemanis mulut setiap kali makan sajian utama. Bila berdiet, lagilah badan dan otak mengada-ngada je nak cari makanan manis walaupun sendiri tak minat manis.

Lagi pula memang sejak kecil lagi sis suka tengok kek, roti dan pemanis mulut yang menarik dan bercadang untuk jadi baker yang berjaya, itu yang tak boleh tengok kek, roti dan pemanis mulut yang menarik. Rasa nak buat pun ya, rasa nak cuba pun ya.

Atas dasar ini, kedai kelima yang sis nak syorkan juga menawarkan makanan keto manis. Sewaktu menulis hantaran ini, sis baru menerima pesanan daripada penjual pagi tadi dan baru saja selesai makan congor bar dan kek keju strawberinya.

Kalau korang nak makan makanan manis diet tapi tak tahu apa, boleh juga jenguk ke Bakes.etc. Pilihan sis? Kek keju dengan topping strawberinya. Enak!





6. The Keto Lab

Aha, memandangkan raya dah nak sampai, korang dah bolehlah simpan stok biskut raya keto supaya berat badan tak naik mendadak pulak nanti. Stok biskut keto ni antara menu wajib ada bagi mereka yang gemar makan kudap-kudap seperti biskut dan cookies.

Masa awal-awal mula diet keto dulu, sis terliur dengan cookies yang sis sendiri bakar. Kah kah kah! Untuk mengelakkan eksiden seperti tersuap cookies bukan keto ke dalam mulut, maka sis telahpun membeli biskut cip coklat keto dari kedai ini.

Biskut cip coklat dia jelita, rasa pun boleh tahan macam biskut biasa. Cuma tulah, kalau jenis nak cip coklat selambak, kenalah buat sendiri ya!




Okay sekian senarai sis buat kali ini.

Salam keto!

Da~~~

Baca juga: 

2 comments:

  1. Herbal tea and herbal products are gentler towards your health than their non-herbal counterparts. mineral complex herbalife

    ReplyDelete
  2. I thoroughly enjoyed this blog thanks for sharing

    ReplyDelete