Thursday, 17 June 2021

Review: Canon Pixma All in One Printer E4270

June 17, 2021 7
Review: Canon Pixma All in One Printer E4270


Assalamualaikum semua,

Harini sis nak citer fasal printer pula. Sis yakin sejak kena perintah kawalan pergerakan (PKP) dan pembelajaran di rumah pada tahun 2020 lagi,  yang sedar betapa mencabarnya kehidupan tanpa printer. Terutamanya golongan mak bapak yang ada anak-anak. Kekadang ada sesetengah kerja yang diberikan oleh cikgu perlu dicetak dan sebagainya. Masa ni barulah rasa, alangkah bagusnya kalau ada printer di rumah.

Printer kat rumah
Seronok kan kalau ada printer all in one kat rumah? Sumber: Business Insider Dot Com


Okie, sebenarnya, sebelum PKP lagi sis dah berangan-angan nak memilik sebuah printer. Tapi dengan sikap kiasu sis, takkanlah nak printer yang bodoh-bodoh hanya boleh print je? Alang-alang nak beli, biarlah kita beli yang pelbagai fungsi. Ye dok? Barulah tak nyemak rumah nak letak gajet yang berbeza di tempat yang berbeza dan akhirnya memenuhi ruang je? Pakainya tah berapa kali. Kalau ada satu gajet yang boleh, lakukan semuanya, kenapa perlu beli empat? Gitu!

Makanya sejak PKP 1.0 lagi, sis dah sibuk ushar pelbagai printer yang ada di Shoppe.  Ciri-ciri yang sis mahukan tak lain tak bukan seperti berikut:

1. Sekurang-kurangnya Tiga (3) Fungsi
Ehei... macam sis cakap tadi, dah la dok rumah kecil, takkanlah nak beli banyak-banyak barang buat selerak rumah? Alang-alang nak beli, biar beli yang boleh fotostat, scan dengan print. Dengan adanya ketiga-tiga fungsi ni, kalau last minute nak scan atau fotostat apa-apa, dah tak payah risau.


2. Perlu ada Fungi Auto Duplex and Document Feeder
Alang-alang dah boleh fotostat, mestilah kita nak yang ada fungsi auto duplex and document feeder, yang mana kalau nak fototstat atau scan benda depan belakang, tak payah nak susah-susah selak satu per satu halaman. Masuk je dalam feeder, then dia akan automatik imbas kedua-dua halaman dan simpan ke dalam komputer ataupun fotostat mengikut berapa salinan yang korang nak.

Kiranya ni ala-ala mesin fotostat canggih kat luar sana lah. Tengoklah wajah dia, ala-ala fotostat kat luar juga. Ada auto duplex feeder, tekan je butang 'start', terus dia buat apa yang dia patut buat. Tak payah susah-susah, buka penutup, letak halaman 1, buka balik penutup dia, letak plak halaman 2. Hei! no! Ini kan zaman teknologi. Kalau boleh senang, kenapa nak susah?

Non duplex feeder
Biasa yang camni takde auto duplex feeder



Auto duplex feeder
Ha, hat ni nampak la ada auto duplex feeder


3. Installernya mudah dipasang dan manual mudah difahami
Antara igauan sis pasang printer dahulu kala ialah, betapa lecehnya nak kena install perisian kat komputer pastu launch pastu baru connect ngan printer. Oh no! Dulu siap ada CD installer, maka berzaman la kau kena install perisian tu, pastu bila dah install, takleh connect plak... Argh!! Berapi je rasa.

Pastu manual dulu plak semua pakat pakai manual buku, pening nak cari satu-satu. No!!!!!

4. Boleh disambung kepada pelbagai peranti menggunakan Wi-Fi connection

Aha, ini pon sangat penting, bila pakai Wi-Fi , senang semua peranti berhubung pakai Wi-Fi je. Pastu pada masa yang sama, wajib kena pastikan ia boleh dipasang di beberapa peranti berbeza seperti komputer, ipad dan telefon pintar.

Yalah, ada sesetengah printer masih pakai kabel network bagai, cucuk kat komputer direct. Nak print apa-apa kena buka komputer. Tau tak kalau nak cepat, nak tunggu komputer buka tu rasa geram saja.

Pastu sekarang kan dunia di hujung jari. Sesetengah benda orang hantar secara terus ke Whatsapp, bukankah indah kalau boleh print secara terus dari fon tanpa perlu membuka komputer? Tengah baring-baring pun boleh print. Nais!

5. Ink boleh pakai refill
Okey, seperti yang ramai katakan, biasanya kalau printer murah, ink atau dakwatnya mesti mahal dan kalau printer mahal, ink atau dakwatnya lebih murah. Tapi siapa tak nak dua-dua murah? Ya tak? So, kena gak pastikan printer tersebut compatible dengan ink yang boleh refill. Lebih murah gituuuuu...

Setelah dibandingkan dan disemak-semak beberapa printer yang memenuhi ciri-ciri di atas, sis mendapati Canon Pixma All In One Printer E4270 inilah printer yang sis cari-cari. Bukan sahaja ada 4 fungsi iaitu scan, fotostat, print dan fax, malah juga boleh pakai Wi-Fi dari fon mahupun komputer, ink pon ada yang refill, installer pula hanya perlu download dari website rasmi dan manualnya mempunya interface yang sangat mudah difahami. Haruslah yang penting sekali, harganya juga bersesuaian dengan kemampuan poket sis iaitu RM330++ saja. 

Canon Pixma All in One Printer
Inilah Canon Pixma All In One Printer E4270



Setelah lebih setahun memakai Canon Pixma All In One Printer E4270, sis rasa memang tak de yang nak complaint lah. Selalu print kerja sekolah bebudak, tapi setakat ni belum tukar lagi ink. Scan pun jelas tanpa mengira warna atau hitam putih. Kertas pon jarang tersekat. Malah dah beberapa kali install kat komputer berbeza pon, senang macam makan kacang. Maka nikmat apa lagi yang sis perlu dustakan?

Sebenarnya banyak lagi fungsi Canon Pixma All In One Printer E4270 ni boleh buat print ID lah, gambolah, kadlah, macam-macamlah. Tapi sis tak peduli. Ngahahaha.... Malas nak explore.

Okie...sekian perkongsian kalini untuk rujukan korang anda-andai memerlukannya.

Da~~~


Baca juga:

Review: Tesco Bread Maker  BM 1333 2 Liter
Saringan Pemeriksaan Kesihatan di Beacon Hospital
Review: MSU Medical Centre Shah Alam
Review Wad Hospital KPJ Shah Alam Selangor
Pengalaman Ditahan 2 Kali di Wad KPJ Selangor
Pengalaman Telinga Anak Tersumbat Pensel
Pengalaman Bersalin Caesar di PPUKM/HUKM/UKM Specialist
Pengalaman Bersalin Normal di PPUM
Review: Toscana Medi Clinic
Pil Perancang Yasmin Tak Menggemukkan?
Pil Hormon Cina Besarkan Payu Dara?
Set Berpantang Affiat Kempiskan Perut
Rahsia Kulit Sihat dan Berseri
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik





Friday, 11 June 2021

Review: Set Berpantang Afiat (Afiat Hijau)

June 11, 2021 63
Review: Set Berpantang Afiat (Afiat Hijau)

Assalamualaikum semua,

Maaf ya, kebelakangan ini banyak pula post yang mak2 dari saya. Heheheh... Yelah, just nak sharing pengalaman dan pendapat sendiri. Kotlah ada yang memerlukan.... Niat, nak bantu orang jeee....

Kali ini saya nak berkongsi pengalaman sewaktu berpantang dulu-dulu.... Kakak ada dua orang anak. Comey. Alhamdulillah. Sepasang.  Diorang ni dilahirkan rapat-rapat. Mia lahir 2011. Seminggu lepas besday Mia yang pertama, adiknya Hariz pula dilahirkan. 

berpantang
Indah wo kalau berpantang dimanjakan sebegini rupa

Kisahnya, masa tau pregnantkan Mia ni.... Terus google macam2. Pasal parenting, pasal baby, pasal penyusuan dan dah tentulah termasuk pasal berpantang kan....... Masa tu selain daripada google mengoggle, saya tak lupa juga scan sana dan sini ibu-ibu yang pernah mengandung di opis. Semua saya interview dulu masa berpantang diorang ni makan set berpantang haper... Ada amalkan ke tak, Elok ke tak, mahal ke tak....

Setelah kajian demi kajian,... Kita perasan ada kakak ni kat opis, anak dah 4. Tapi selim-melim. Ramping je badan. Jeles. Kalau nak dibandingkan ngan yang lain, memang body dia paling cun dan paling mantap. So, apa lagi? Troslah kita interview dia. Rupa-rupanya dia makan Set Berpantang Afiat. Set Bersalin Afiat atau Jamu bersalin Afiat ni, murah je. Tak sampai RM100 pun. 

Dia pun bagi nasihat kat saya yang berbunyi, " Daripada ko beli set berpantang yang mahal-mahal tapi tak makan. Baiklah ko beli yang murah-murah tapi make sure ko abiskan je semua." Nasihat ni memang menusuk kalbu. Sebab kita masa tu pun bukannya ada duit pon...... N kebetulan, daripada pemerhatian ni, kakak ni paling win dalam pemulihan selepas berpantangnya. 4 orang anak ko! Body mantap! Mampu tak? 

Lepas tu, saya sendiri sempat memerhati kakak-kakak di ofis yang pakai ubat berpantang atau bersalin yang lain, kesannya macam tak berapa mengancam. Ada kemungkinan sebab mereka pun culas nak amalkan, ataupun dah amalkan tapi memang tak kena dengan badan. Siapa tahu? Jadi saya pegang dengan akta-kata Kak Sal, biar murah, janji berpantang dengan ketat.

Tanpa teragak-agak, saya pun belilah Set Berpantang Afiat ni. Rasanya baru RM85 camtulah. Oh, kakak tu juga pesan. Afiat hijau tau. Ko jngan amik Afiat putih tuuuuu....

Set bersalin
Inilah antara kandungannya


Dalam tu ada lebih kurang 10 barang antaranya minyak afiat, gel mandian serai wangi, Ubat basuh (feminine care), bedak hangat afiat, pil jamu afiat, akar kayu periuk afiat, barut afiat, balm afiat, makjun bawang putih dan tali pembentan. Semua ni cuma RM85 sahaja tau!! Sangat berbaloi.


1. Minyak Afiat :
Minyak Afiat ni sebenarnya salah satu fevret saya. Sebab sangat berfungsi untuk self healing purposes. Saya guna untuk berurut, sapu kt kaki ngan tangan dan ubun-ubun. Bau dia pun bau serai. Kalau saya tak silap, keluarga pengasas Afiat ni memang terkenal dengan minyaknya. So yang ni memang saya bagi 5 bintang. Sebab smpai sekarang saya still gunakan minyak afiat ni untuk mengurut diri sendiri (self-theraphy) in case kalau lenguh-lenguh badan, sakit tumit, sakit kaki ataupun pening. Kalau anak-anak jatuh or luka/ gatal kena sengat pon saya boleh sapu minyak afiat ni kat diorang. Alhamdulillah cepat baik and cepat elok.

Minyak Afiat
Ni memang minyak fevret, sampai sekarang guna



2. Gel mandian serai wangi :
Yang ni pun memang win!! Best sangat sebab bagi saya boleh diibaratkan sebagai aromaterapi penenang jiwa. Masa pas baru bersalin je, tros saya mandi pakai ni. Heaven! Dari rasa lemah-lemah dan murung, terus rasa naik semangat, rasa segar je. Tak sampai habis berpantang 44 ari dah abis. Sebab suka sangat guna. Fungsinya katanya untuk menghilangkan bau badan. Tapi bagi saya memang bagus untuk penenang jiwa.
Gel Mandian
Gel mandian ni pun baunya mendamaikan



3 Feminine Care :
Yang ni pon saya suka. Sebab yelah, pas bersalin mesti rasa bawah tu tak selesa je. Tapi bila basuh dengan ni macam best je. Lembut je, xde pon buat kita rasa kering or tak selesa. Even berjahit bawah tu pun elok pakai.
feminine wash
Feminine wash jangan dilupa


4.Bedak hangat Afiat :
Yang ni saya malas nak pakai. Hehehehe... sebab nak kena bancuh. Saya gunakan macam param pilis jelah. Tu pun kalau rajin. (Maaf) Tapi sebenarnya memang bagus pakai untuk menghangatkan badan. Cuma saya masa tu berpantang kt umah kampung, atap zink. Panas yang amat. Berpeluh2 eden. Tak lalu nak hangatkan badan lagi.


5. Pil jamu Afiat :
Yang ni saya telan je sampai abis. Patutnya kena makan start berpantang. Tapi oleh kerana baby dua2 kuning, so pas baik kuning baru saya makan. Tapi saya makan sampai ubat habislah.


6. Akar kayu periuk Afiat :
Yang ni rasanya memang satu kemestian untuk ibu-ibu berpantang. Leceh skit sebab kne reneh. Tapi saya rajin minum yang ni. Ikut macam arahannya, reneh minum reneh minum. Sampailah air yang direneh abis warna. Biasanya ni orang buat penutup pantang kalau tak silap saya. Fungsi untuk kuatkan badan ibu-ibu yang baru bersalin. Saya okey je bab ubat-ubat ni. Nak2 kalau untuk kesihatan badan kita. Oh, yang ni pas dah abis pantang or smpai bila-bila pun nak minum pun bagus. Memang sangat-sangat digalakkan.


7. Barut Afiat :
Satu lagi my fevret. Rasanya saya perlu berterima kasih dapat kempiskan perut sebab benda nilah. Dalam dia ada bijik2. Rasanya biji lada hitam kot. Saya akan ikat ketat2 kat perut, pastu pakai bengkung plak. Bengkung tradisional tu. Kalau malas pakai bengkung, saya akan pakai barut ni, pastu pakai girdle kat luar. Memang selesa. Fungsinya untuk buang angin kat dalam perut. Kalau rujuk post saya yang sebelum ni, aka tips elak perut buncit, mesti korang tau angin adalah salah satu punca perut buncit. So, yang ni memang bagus untuk kempiskan perut buncit yang disebabkan oleh angin. Yelah, mak2 macam kita ni kan urat2 dah kembang, memang senang masuk angin. Tu yang badan pun mudah dipam2 kembong je mcm belon.


8. Balm Afiat :
Kalau tak silap ni untuk pusat baby. Tapi saya pakai ubat doktor je. Tak guna sangat.
Kekadang sapu kat dada baby... Kalau tak silap ingatlah. Tapi pakai sikit je...


9 Makjun bawang putih :
Ni pun saya telan je sampai abis. Yang ni untuk makan lepas tempoh 44 ari. Oleh kerana saya dah bayar dan saya benci pembaziran. Saya telan je sampai abis. Sayang wooo duit. Bukan senang nak cari.


10. Tali pembentan Afiat :
Katanya dipakai di pergelangan tangan untuk elak bentan. Tapi saya tak caya sangat yang ni. So tak pakai langsung. Tapi sebagai tips elak bentan, make sure jangan emo2 masa berpantang. N pastikan ibu jari kaki tu jangan tersadung or tersepak. Oh, lagi satu, jangan terkena hujan or makan benda-benda sejuk.

Dua kali saya berpatang, dua-dua kali juga saya gunakan Set Berpantang Afiat. Pas balik berpantang semua puji nampak sihat and lagi kurus dari masa anak dara. Alhamdulillah. Rezeki. Yang penting, pil jamu, air akar semua tu memang tak tinggallah.

Yang penting untuk RM85 saya dapat semua ni, sangat-sangat berbaloi dan menepati bajet saya yang sangat-sangat ciput.

Tak kiralah korang pakai set bersalin apa sekalipun, yang penting, pastikan korang makan ikut aturan dan habiskan. Jangan membazir. Kalau tak habiskan, pastu tak capai efek yang diingini, haruslah fikir-fikirkannya kembali.

Sekian sahaja product review saya kali ini.

Terima kasih semua kerana sudi membaca. And terima kasih juga pada Kak Sal sebab rekemenkan product yang superb ni pada saya.



Pengalaman Ubah Rupa Balkoni Sendiri Sewaktu PKP

June 11, 2021 0
Pengalaman Ubah Rupa Balkoni Sendiri Sewaktu PKP

Hai semua,

Harini nak cerita fasal usaha ubah rupa (make-over) balkoni sendiri sewaktu PKP 3.0. Biasalah, kalau dah duduk rumah je, mulalah semua benda kita rasa tak kena. Sana sepah, sini tak tersusun, situ tak selesa. Kalau tak dengan rentak kehidupan yang pantas dulu tu, memang langsung tak ada masa nak fikir semua tulah. Semua benda tergesa-gesa, ada je yang kita terkejar-kejarkan.

Balkoni sis pun sis rasa nyampah je sebab buruk. Mulalah berazam dan mengidam untuk wujudkan suasana balkoni idaman macam dalam imej Google dan siaran yang lalu-lintas kat Facebook dan Instagram.

gambar balkoni contoh
Gambar balkoni hasil Google search

Gambar balkoni contoh
Gambar balkoni hasil Google search


Gambar balkoni contoh
Sumber gambar: Google dan Youtube


Kisahnya, masa PKP 1.0, sis sibuk mengejar minat untuk baking. Makanya sis pun belajarlah buat kek, buat biskut. Macam-macam resipilah sis cuba. Seronok sebab itulah impian sis selama ni. Akhirnya berjaya jugalah memahiri beberapa resipi sampai tahap boleh jual dan menjana pendapatan gitu.Cuma tulah, tak rajin je.

Masa PKP 2.0 pula, sis dah mula berjinak-jinak dalam mendalami ilmu meroti pula. Muahaha... Macam-macam rotilah sis buat. Roti buku, roti ban, roti sosej, roti manis, roti savouri. Seronok. Lama juga tak beli roti di kedai. Almaklumlah tengah seronok meroti. Roti pula alhamudillah menjadi je.

Semua aktiviti membaking dan mengunyah PKP 1.0 dan 2.0 ni telah mendatangkan bahana kepada tahap kesihatan sis sebab bila kau baking, mestilah kena makan, pastu makanya kau pun gemuk. Then kolestrol kau pun naik. Jadi sekarang bila tiba PKP 3.0, sis telah memilih aktiviti yang lebih sihat dan tak melibatkan kemasukan kalori dalam badan.

Jadi bila kau stress kolestrol kau naik, tentulah kita kena kurangkan stress dan kurangkan makanan. Maka aktiviti PKP 3.0 ni melibatkan dua perkara iaitu mewujudkan ruangan yang selesa dan indah bagi tujuan melegakan tekanan dan juga aktiviti beriadah untuk mengurangkan kalori.

Maka balkoni lah yang menjadi sasaran sis kali ini memandangkan balkoni sis merupakan ruangan yang paling tidak digunakan dengan baik sekali atas faktor keselamatan anak-anak. Hakikatnya, dah 10 tahun dah balkoni ni tak dibuka sejak sis berpindah ke rumah ni sebab takut anak-anak yang masih kecil dan tak mengerti akan terjun bangunan.

Sekarang anak dah pon 10 tahun, dah pandai, dah takut sakit takut bahaya takut mati, maka bolehlah kita usahakan ruangan kecil ini sebaik mungkin.

Gambar asal balkoni
Ni gambar asal balkoni... Halahai... berkulat kotor dan bersepah

1. Menilai kawasan dan persekitaran balkoni

Makanya kerja-kerja bermula dengan membuka, menilai dan membersihkan balkoni sis. Oleh kerana dah lama tak buka, memang kotorlah balkoni ni. Antara perkara yang sis dapat nilai daripada balkoni sis adalah seperti berikut:

-Lantai balkoni kotor, saluran air tersumbat, tembok berkulat dan kotor 
-Longgokan barangan yang tidak digunakan
-Balkoni menghadap matahari petang dan kawasan perkuburan
-Ruangan terhad maka hanya sesuai untuk hiasan yang minimum

2. Lakukan kerja-kerja pembersihan dan nyah-selerak (declutter)

-Jadi pertama sekali kita nyahkan dulu barangan yang tak berguna
-Betulkan saluran air yang tersumbat
-Basuh dan bersihkan lantai balkoni
-Nyah kulat dengan menyembur mould remover dan mengelap permukaan tembok

3. Mula mencari idea kasar (rough idea) untuk konsep hiasan

Lepas dah singkirkan semua barangan yang tak diguna pakai, barulah idea naik satu per satu apa yang perlu dilakukan pada balkoni sekangkang kera ni. Masa ni sis pun banyak ambil rujukan dengan membuat carian tentang idea balkoni dan sebagainya untuk mendapatkan ilham. Sis bercadang nak tanam pokok, bunga dan herba supaya dapat menceriakan hari. Pastu nak hias sikit-sikit.

Waktu ni lagilah korang kena buat banyak bacaan, carian dan rujukan kat media sosial seperti Pinterest, Facebook, Instagram, Youtube dan Google. Masa tu memang banyak lah idea yang melimpah-limpah, tapi memang kena sesuaikan dengan keluasan dan kategori balkoni korang.

4. Membuat pembelian/tempahan barangan yang diperlukan untuk kerja-kerja hiasan/kemasan

Lepas dah ada idea kasar tentang apa yang nak dibuat pada balkoni korang tu, dah bolehah mula shopping barangan dan keperluan. Jangan lupa untuk buat perbandingan harga ya untuk jimat lebih. Macam sis, sesetengah idea muncul secara tetiba contohnya masa tengah tidur, tiba-tiba mimpi kena gantung bunga kat balkoni supaya nampak cantik. Terus sis bangun cari bunga gantung.

Gambar balkoni
Gambar tak sabar, balkoni tak cat lagi dah gantung bunga dengan lampu.

Lepas tu sis nampak plak idea dan perkongsian kawan kat Facebook yang mana dia pasang lampu solar kat balkoni supaya malam balkoni jadi ceria. Selama ni cuma tahu lampu hiasan yang kena guna plug dan jadi punca kenaikan bil elektrik tu je. Bila tahu lampu ni cuma guna kuasa solar, laju-lajulah sis beli. Sebab memang sesuailah dengan balkoni sis yang panas je memanjang. Zasss....

Untuk idea pokok lain, sis yang malas nak fikir panjang ni, serahkan pada kawan yang kebetulan mengusahakan tanaman pokok. IG dia: Nectars.XYZ. Dia akan beri cadangan berdasarkan tahap kemalasan, lokasi dan cuaca balkoni korang dan sebagainya.

Kalau nak cuci mata tengok-tengok tanam-tanaman premium, boleh juga layar https://nectars.xyz/

Contoh gambar decking
Antaranya kawan sis dari Nectar ni cadangkan pasang decking

Japanese Rose
Bunga Japanese Rose yang dicadangkan kawan. Tahan panas katanya.

Banyaklah lagi yang dia cadangkan. Memang seronok berbincang dengan orang yang ada kepakaran berbanding diri sendiri yang kerdil dan amatur ni.

Hehehe...Thanks Sok Pen.

3. Kerja-kerja mengecat semula/kemasan

Bagi balkoni jenis tembok macam sis ni, nampak sangatlah catnya dah pun pudar dan kotor. Jadi sudah tentulah kita perlu cat semula untuk menaikkan semula seri. Sis pilih warna putih sebab lagi senang untuk digayakan. Lagipun nampak lebih 'clean'. Kalau warna-warni nanti susah pulak nak mix and match. Lepas siap je mengecat, memang nampak jelitalah balkoni sis. Putih berseri sejuk mata memandang gitu.

Jangan tengok sis cakap macam ringkas je. Bab cat je dah penat berapa hari sis cari cat, cari berus, cari thinner kelengkapan dan macam-macam. Makan masa seminggu jugalah untuk langkah ni.

Gambar balkoni
Lepas dah cat, putih berseri je. Kena cuci cat yang jatuh kat lantai plak

Oh ya, kalau korang jenis balkoni menghadap matahari petang then bila waktu hujan je air bertempias masuk, maka sis pun cadangkan korang untuk beli lah cat jenis weathershield aka berperlindungan cuaca gitu. Insyallah cat lebih tahan warnanya walaupun berpanas dan berhujan.

5. Mula menghias dan sesuaikan hiasan ikut keadaan semasa/citarasa

Bermula dengan hanya sepasu bunga gantung, sis tambah satu per satu dan sesuaikan ikut suasana, citarasa dan mood kita sendiri. Tak perlu tergesa-gesa. Ikut je pace, naluri dan perasaan sendiri. Tak perlu terlalu terikat dengan satu idea yang tetap. Bajet korang, masa korang, usaha korang, keperluan korang, boleh je nak ubah apa-apa, tak sesiapa pon marah.

Gambar balkoni
Lepas dah cat, acah-acah letak lampu. Testing sekali kuasa solar


Gambar Balkoni
Kasi close up sikit gambar lampu

Gambar balkoni
Gambar balkoni dari sudut teddy bear



Sekarang balkoni sis dah semakin meriah dan jelita. Sis hias perlahan-lahan je. Ikut kekosongan waktu yang ada. Musim PKP ni tak usahlah tambah tekanan sendiri. Ikut je perkembangan dan kemampuan diri sendiri.

Gambar Balkoni
Gambar hampir maghrib, cantik je warna langit. Damai je rasa


Contohnya sebelum ni sis rasa cukup beli hamparan rumput saja untuk letak pada lantai balkoni, tapi lepas beli baru tahu tak berapa sesuai dan selesa dan ukurannya pula agak kecil.

Jadi akhirnya sis beli decking kayu dan rerumput untuk disusun pada lantai. Beli juga sedikit batu sungai untuk diletakkan pada kawasan-kawasan yang decking tak boleh masuk. Maka voila. Jadilah wajah terkini balkoni sis sekarang ni.

gambar decking
Gambar decking baru pasang


gambar adenium
Almaklumlah balkoni menghadap matahari terik, so mesti back light. Gambar tak profesional gitulah

Sebenarnya kalau ada masa dan sudi luangkan tenaga dan usaha, insyallah ubah rupa atau make over rumah atau ruangan rumah ini mudah sahaja. Cuma kekadang kita rasa terlalu penat dan malas nak semak kepala, jadi kita lebih cenderung untuk serahkannya kepada pakar.

Tapi serius, bila kita DIY sendiri, memang kepuasannya lain macam. Yelah, walaupun tak mencapai pon standard expert yang gilang-gemilang macam gambar-gambar balkoni impian tetapi tetap satu 
pencapaian baru dalam hidup gitu. Selama ni tak pernah nak buat, atau tak terfikir nak buat atau boleh buat, alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Maka sekarang sis dah tak tutup lagi balkoni. Ada satu dorongan hidup baru gitu. Hari-hari bangun pagi je tak sabar tengok tanaman sendiri, siram, belek dan bersihkan balkoni. Kira berseman juga. Bakar kalori sikit.

Malam-malam pula tak sabar nak tengok lampur solar menyala pastu relask sambil mengamati pemandangan ilahin nan indah sambil mensyukuri nikmat. Ada ketengangan luar biasa yang tak pernah sis rasa sebelum ini..

Sekian perkongsian sis kali ini.

Da~~





Pengalaman Cabut Gigi Bongsu -Hospital Sungai Buloh

June 11, 2021 100
Pengalaman Cabut Gigi Bongsu -Hospital Sungai Buloh

Assalamualaikum semua,

Seperti yang dijanjikan berzaman dahulu, ini dia entry pengalaman cabut gigi bongsu oleh hakak. Hakak dah dua kali pengalaman cabut gigi bongsu ni. Janji dulu masa cabut gigi bongsu sebelah kanan lagi nak citer. La ni dah kiri kanan dah cabut, dah baik dah pun. Poooon tak tulis-tulis lagi entry ni. Hapara! Takleh diharap sungguh. Hep! Tapi sekurang-kurangnya hakak tunaikan janji tau... Walaupun berzaman, berjanggut!

Dental Clinic
Mesti ada yang tak suka pergi jumpa doktor gigi kan?

Baiklah, mesti orang tertanya-tanya. Eh? Kenapa plak nak kena cabut gigi bongsu? Bagi yang tak tahu, gigi bongsu ni sebenarnya tak semua orang kena cabut. Ada yang bernasib baik, gigi bongsu tu tumbuh elok je. Jadi tiadalah keperluan untuk cabut. Ada juga yang kena cabut, tapi sebab gigi tu tak tumbuh senget, boleh cabut tanpa pembedahan. Tapi hakak adalah antara insan-insan yang diuji sebab dua-dua belah gigi bongsu tumbuh senget dek kerana tiada ruang untuk gigi-gigi ini tumbuh. So, gigi-gigi ni pun buat perangailah. Ada yang nak tumbuh senget ke sini, ada yang nak tumbuh senget ke sana. Senang kata macam-macam ragamlah. Ada je peel gigi geraham dan gigi bongsu geraham tumbuh senget ni. Apa? Tak paham? Tengok jelah gambo kat bawah tu:

Impacted tooth
Ginilah gayanya gigi yang tumbuh senget atau impacted tu


Ha? Dah paham blom? Kalau tak paham juga, tak payah susah-susah fikir. Teruskan je membaca. Alkisahnya, kalau gigi bongsu ni tak sakit, memng hakak takdenya takde keje nak suka-suka cabut. Yerlah. Gigi bongsu terimpak ni, biasanya dia tak keluar dari permukaan gusi lagi. So, bukannya cabut macam cabut gigi susu tu, main cabut je. No no no. 

Nak keluarkan gigi bongsu yang manja-manja minta dibelai ni, korang kena operate. Dengan erti kata lain, mulut anda perlu dibedah! Ya! Dibedah!!!

Hakak ingat lagi masa tu  sakit gigi bongsu tu memang denyut-denyut sampai kakak pening kepala, sakit muka, sakit gigi, sakit segala-galanyalah. Pergi consult doktor, doktor kata cabut je jalan paling mudah. What??? Sob sob sob... Sedih. Bukan sedih sebab kena cabut. Tapi sedih sebab mahal woooo.

Hakak ingat lagi, harga cabut gigi  bongsu di klinik swasta  aka operate buang gigi bongsu ni, koman-koman paling murah pun kena 500 hinggit. Kalau ada komplikasi ke haper, kenalah 800-1000++. Manalah kakak mampu dik ooooiiii.... 

Nak tak nak, akak kenalah cari alternatif. Alternatifnya ialah pergi ke Hospital Kerajaan jelah wehhh... Kos atau harga cabut gigi bongsu kat hospital kerajaan ni, baru RM50. Beza wo, antara 500 ngan 50. Syukur, terima kasih kerajaan. Ingat, seeloknya takyah lah pergi cabut gigi bongsu kat klinik kerajaan sebab mungkin peralatannya tak cukup. Sekurang-kurangnya kalau ada komplikasi, boleh terus masuk hospital je. Hehehe...

Oh, ya! Kalau nak pergi hospital kerajaan, korang tak boleh main terjah je. Memula sekali, pergi klinik kesihatan untuk buat appointment check gigi.

Lepas tu, cakap kat doktor bertugas korang nak cabut gigi bongsu. N then, doktor akan refer kita ke hospital kerajaan yang berdekatan. Hakak dulu buat appointment kat Klinik Kesihatan Seksyen 19., Shah Alam Pastu doktor berkenaan pun tanya, awak nak Hospital Klang ke Hospital Sungai Buloh? Hakak ternganga. Sebab dua-dua tu hakak tak tau jalan. Last-last doktor jawab sendiri: "Pergi Hospital Sungai Buloh la dik, sebab kat sana baru. Cantik. Queue pon tak panjang.

Omak kau! Queue tak panjang katanya, tapi kena tunggu dua minggu jugalah! Pffttt... Dah la kita dah sakit tak terperi. Kakak dirujuk ke Pakar Bedah Mulut  (Jabatan Maxilo Fasial), Sungai Buloh. 

Maxilo Falias
Jabatan Maxilo Fasial, gempak nama dia kan


Sampai hari appointmen, ingatkan tros akan dicabut gigiku yang sakit tak terperi ni, tapi rupa-rupanya, doktor cuma check dan amik x-ray saja. Pffttt... Pas dah buat x-ray, doktor akan bagi lagi appointment untuk cabut gigi. Kat Hospital Sungai Buloh ni, sesi cabut-mencabut adalah hanya pada hari Rabu sahaja. So, dia pun bagi tarikh untuk kakak pilih.

Hakak dah google2 dah tentang kesakitan mencabut gigi bongsu ni. Katanya takleh makan nasi bla bla bla... So hakak dengan bijaknya pilih sebelum puasa. Rasanya 2-3 hari sebelum puasa. Sebab yerlah, puasa mana makan sangat, konon bijaklah kan.... Alang-alang takleh makan, biar buat masa puasa. T masa raya dah cun melecun sebab bengkak dah surut dan boleh lah mencekik darah makan juadah raya. Kah kah kah. Masa tu rasa diriku sangatlah bijak. 

Sampai hari untuk cabut gigi, kakak gagahkan diri untuk jumpa doktor. Doktor pun terangkanlah segala komplikasi mencabut gigi ni. Katanya, gigi bongsu hakak sangat rapat dengan saraf-saraf. So kalau masa cabut dan terkena saraf-saraf ni, hakak ada kemungkinan boleh buta, gila dan sebagainya. Perghhh.... amaran tu sungguh menakutkan sekali. Tapi hakak tetap sign je surat kebenaran tu.

Duduk je kat kerusi pesakit tu, hakak dah warning doktor dulu. "Doktor, badan saya ni tak lut bius. Mohon bius sampai saya betul-betul kebas baru operate, boleh tak?" Doktor kata hokey.

So memula dia bius kat gigi atas pastu bawah. Pastu dia ketuk2 tmpat tu tanya sakit tak. Hakak jawab sakit So, lepas 4 kali bius atas dan 5 kali bius bawah, barulah akak benar-benar kebas. Doktor pun memulakan kerja-kerja pencabutan gigi. Lama jugalah. Sebab doktor kena potong sikit tulang rahang kita. Pastu nak korek gigi yang terbenam jauh plak tu. Lama gaklah rasanya.

Bila dah selesai, doktor sroh gigit kapas, pastu sroh amik ubat kat bawah. Doktor bagi MC 3 hari sebab baru jalani minor operation...

Lepas cabut gigi tu hakak rasa nak ngamuk je keje. Sebab sakit nak mampos. Nak-nak bila bius dah habis. Rasa nak sepak2 orang je walaupun dah telan pil tahan sakit. Lama jugalah baru baik. Dekat dua minggu. Keje asyik makan bubur and amik liquid diet je. Lagi la kakak jadi bad mood. Dah la sakit, lapo plak tu. Yang bijaknya, sebab hakak lepas tu kena puasa, tak leh amik pil tahan sakit. Grrrr.... Buka puasa je tros makan ubat tahan sakit. Nasib baiklah sakit ni penghapus dosa. Smoga banyaklah dosa hakak terhapus. Amin.

Setahun lepas tu, hakak kena cabut gigi belah kanan pula. Sob sob sob. Apalah nasibku? Masa x-ray gigi kiri tu, doktor dah warning siap-siap. Gigi belah kiri lagi teruk sengetnya. Alhamdulillah. Dua tahun berturut-turut akak menghapus dosa.

Kali kedua cabut, hakak buat juga kat Hospital Sungai Buloh. Kalini dah lebih berpengalaman, so akak tak repeat kesilapan yang sama.

1. Hakak tak cabut masa bulan puasa, so boleh makan pil tahan sakit bila-bila masa saja
2. Hakak makan sedap-sedap kenyang-kenyang dulu sebelum operate

MD

3. Hakak dah pandai guna coolfever untuk surutkan bengkak. Xpayah nak guna icepack pastu meleleh-leleh bila cair. Habis bantal basah dan menyebabkan diri bad mood.


Bengkak
Tempat yang cabut tu konfem akan bengkak dan panas. Gunakanlah cool fever untuk melegakannya. Tips hebat dari saya
4. Hakak dah pandai dengar kata doktor untuk berpantang makan dengan strict. Hakak amalkan liquid diet saja

Bubur
Makanlah makanan lembut ya


5. Hakak dah bijak hakak banyak berehat.

Biasalah, bila dan berpengalaman kita lebih bijak lagi mengemudi keadaan. Hasilnya:

1. First time cabut gigi bongsu, tiap-tiap hari akak kena ambil suntikan tahan sakit. Second time, tak perlu pun, telan ubat tahan sakit dan banyakkan berehat je.

2. Bila appointment cabut benang masa first time cabut gigi bongsu, ada infection. Kena sambung appointment lagi dan sambung makan ubat. Tapi bila second time, doktor kata luka cepat sembuh. Muahahahahha!

Gumbira hakak! Yang penting doktor yang akak jumpa masa second time cabut benang tu, amboi! Melting hati.

Kesimpulannya:

Kalau tak mampu, pergi jelah hospital kerajaan cabut gigi bongsu. Kalau ada komplikasi apa-apa, tros warded je kat hospital kerajaan. Kalau korang gi swasta, pastu ada apa-apa komplikasi, biasanya insurance biasa tak cover admission to ward yang berkenaan dengan dental ni. 

Oh ya, kalau dah xray and dapati gigi kiri kanan memang jenis senget dan kena cabut, korang boleh pilih untuk cabut empat-empat terus. Dia tros bius tido. Takyah merana dua kali macam kakak ni.

Finally, ada juga hikmah di sebalik kesakitan penghapus dosa ni. Kalau korang nak tau, ramai selebriti oversea yang sengaja cabut 4 gigi bongsu belakang ni sebab nak kecikkan dan nak v-shape kan muka. Muahahahah! Mau tak v-shape? Rahang korang dipotong tau! Tu yang muka kakak v-shape forever... (Kah kah kah) ----> tips cantik la kononnya.

p/s cabut gigi geraham bongsu ni biasanya akan cabut atas bawah sekali. Kira sepasang. Kalau tak gigi yang ada akan menggesel gusi masa makan. Lagipon tak balance. Gitulah katanya. Just nak info je

Monday, 7 June 2021

Mudahnya Buat Topping Strawberi Ala McDonald Di Rumah

June 07, 2021 22
Mudahnya Buat Topping Strawberi Ala McDonald Di Rumah

Hai semua,

Korang suka tak makan jem, sirap, compote atau topping strawberi? Saya memang peminat nombor satu strawberi. Sejak dari kecil memang suka makan roti dengan jem strawberi, wafel dengan mentega dan jem strawberi, scone dengan krim dan jem strawberi dan sebagainya. Makan sundae di McDonald pun suka topping Strawberinya.

Strawberry Topping
Gambar kredit Mommy's Home Cooking dot com


Tapi sebenarnya susah sangat nak cari jem atau topping strawberi yang sesuai dan kena dengan citarasa kita kan? Kalau sis, suka macam topping strawberi ala-ala sundae McDonald tu, memang just nice je. Siap ada ketulan buah strawberi yang sebenar lagi. Tapi tulah...dari kecik pencarian topping strawberi ala-ala McDonald ni tak pernah membuahkan hasil.

Pernah beli hampir semua jem bermacam-macam jenama di pasaraya. Tak kisahlah namanya strawberry jem ke strawberry preserve with real fruits la apa lah...Semuanya menghampakan. Tak ala-ala topping strawberi McDonald pon. Sebab biasanya semua letak gelatin nak bagi jem tu keras. Pastu dia kata with real fruits inside, tapi bila buka alahai... biji strawberi je ada, then tak dapat rasakan isi strawberi macam kita makan topping strawberi McDonald.

Lepas tu sis ingat lagi masa Sekolah Menengah dulu pernah lah beriya kumpul duit beli Hershey's strawberry syrup sebab tertipu dengan gambarnya yang membuatkan sis terbayangkan strawberry topping McDonald tu. Waduh. Bila dapat beli je, terus keluarkan aiskrim dengan roti nak uji rasa (taste test) terus. Sekali hampa! Manis gula je, takde rasa strawberi pon. Uwaaaa... maka bersawanglah ia di dalam peti ais sehingga tiba tarikh luput.

Hershey
Dasar gambaran Hershey's yang menipu


Dah tua lagi, bila dah pernah pergi ke Cameron Highland beberapa kali, barulah jumpa jem, compote ke topping strawberi yang kena dengan tekak. Dari segi tekstur, rasa dan isi strawberi sebenar tu memang kenalah dengan cita rasa tapi harga pon boleh tahan. Tu pun dapat satu botol mini je.

Kita fast forward ke hari ini, mengenangkan betapa bahayanya gula dan betapa sukarnya nak dapat topping stawberi yang kena dengan tekak serta kepayahan untuk pergi merentas ke sana sini sempena PKP, maka sis tahu, inilah masanya untuk membuatnya sendiri.

Lai... Meh sini sis cerita betapa mudahnya buat strawberi ala McDonald tu.

Resepi Topping Strawberi Ala McDonald

Bahan-bahan
Strawberi                  2 kotak
Lakanto                    2 sudu besar 
(Tak nak guna Lakanto, nak guna gula pasir pun boleh)
Jus Lemon                setengah cawan
Garam                       secubit
Gelatin (opsyenal)

Cara-cara
1. Basuh buah strawberi dengan garam dengan bersih berseri. Potong 4 atau potong kecil/dadu. Ikutlah korang nak berapa besarnya isi buah strawberi tu dalam topping nanti. Ingat, nanti dia kecut tau. Kalau suka nak besar-besar, buat je separuh hiris kecil dan sebahagiannya lagi biar je sebiji besau. Tapi lagi besar buahnya, lagi lambatlah dia nak cair nanti
2. Masukkan dalam periuk ke saucepan dan panaskan dengan api sederhana. Tunggu sehingga buah strawberi mengeluarkan jusnya dan boleh lah tambah Lakanto (atau gula biasa) dah sambung masak dengan api perlahan. Tambahakan secubit garam (tak nak pon tak apa)
3. Bila dah mula pekat dan didih, tambah pula jus lemon. Didihkan perlahan lagi
4. Rasa dan sesuaikan ikut citarasa sendiri. (Nak manis tambah gula/lakanto, nak masam guna perahan lemon)
5. Kalau jenis suka nak berjeli, bolehlah tambah gelatin. Sis nak makan dengan aiskrim. Tak sukalah teksturnya likat atau berketul macam jeli. Maka sis skip langkah ini.
6.  Masukkan dalam balang kaca dan tunggu sejuk
7. Dah sejuk, bolehlah makan dengan wafel, penkek, aiskrim dan apa-apa jelah mengikut kesukaan, kegemaran dan citarasa korang. Mudah je kan?

Langkah 1
Hai, ni strawberi beli kat MBG je, 2 kotak 20 hengget. Sesuai sangat dijadikan jem dan kengkawannya


Langkah dua
Kalau suka manis leh letak banyak kalau tak suka manis letak sikit. Pepandailah


Langkah ketiga
Nampak tak dia dah memekat. Yummsss

Langkah Empat
Dah pekat perasakan dengan perahan lemon plak. Pastu sesuaikan mengikut citarasa

Langkah Akhir
Strawberry topping is doneeeeee....

Mudah nak mampus kan sistur-sistur sekalian? Tapi itulah... kalau malas memang tak ada ubat. Muahahahaa.

Lagi satu kalau dah ada benda ni, memang kerjanya nak makan jelah. Pergh... Dah tau dah esok nak sarapan apa. Waduh-waduh. Apa-apa mari kita makan dengan aiskrim vanila dulu.

Oh ya, memandangkan kita masak dengan Lakanto, maka sesuailah untuk pesakit diabetes dan ia juga mesra diet keto. Tak delah makan tetau gemok, bacaan darah naik bacaan kolestrol pon naik. Eh! Tiber.

Sekian... da~~


Baca juga:

Resepi Roti Susu Hokkaido Mudah Tesco Breadmaker
Resepi Serta Tips Puding Karamel Mudah
Resepi Roti Mini Keju Kranberi
Resepi Quiche Ayam dan Cendawan Enak
Review: Hotpot Mee Tarik Jalan Raja Chulan
Review: Wangsa Grill by Chef Zubir
Review: Two Sons Bistro, KLCC
Review: Restoran Botanica+Co, Bangsar South
Festive Delight Tony Roma's
Resepi Santapan Mudah Sarapan dan Sahur
Restoran SeoulNami Korean BBQ
Bufet Selera Ramadan di Nook, Aloft KL Sentral
Buffet Selera Muhibbah TPC Kuala Lumpur
grEAT Tawar Menu Vegetarian Dengan Khidmat Futuristik
Menu Tahun Baru Lazat BoatNoodle
Pak John Steamboat Sedap dan Berbaloi
Tempahan dan Penghantaran Kek Hanya 4 Jam Sebelum Dengan EatCakeToday.Com
Mi Kolok Sedap Dayang Sarawak, Sungai Besi
Review: Samyang Hot Chicken Ramen Korea
Masakan Asia Tenggara Row SixCrabby Crab Destinasi Penggemar Makanan Laut di Shah Alam


Friday, 4 June 2021

Resepi Roti Susu Hokkaido Mudah Tesco Bread Maker

June 04, 2021 1
Resepi Roti Susu Hokkaido Mudah Tesco Bread Maker

Hai semua,

Kali ni saya nak kongsikan resepi Roti Susu Hokkaido Menggunakan Tesco Bread Maker. Roti susu Hokkaido ataupun Hokkaido Milk Bread ni antara resepi yang mudah dimahiri. Lagipun kerja semua mesin bread maker yang buat kan.

Resipi ini juga adalah resepi yang saya dapat dari perkongsian kumpulan Tesco Bread Maker di Facebook dan ini merupakan resepi roti pertama yang saya hasilkan menggunakan bread maker Tesco.

Bila korang buat, korang pun akan kagum dengan betapa mudahnya kaedah membuat roti dengan adanya mesin breadmaker.

Cuma tulah, tempoh menunggunya agak lama. Makan masa dua jam jugalah. Tapi tak susah. Masukkan semua bahan sambil buat kerja-kerja rumah lain. Tau-tau dah siap je.

Hokkaido Milk bread
Gambar dari Taste Rail dot com



Ajoms tengok apakah resepinya:

Resepi Roti Susu Hokkaido Tesco Bread Maker

Bahan-bahan:
Whipping Cream                     100 ml
Susu Penuh Krim                    100 ml
Telur                                        1 biji
Tepung Tinggi Protein            300 gram
Susu Tepung                           15 gram
Yis                                           1 1/2 sudu camca
Gula                                        2 sudu besar
Garam                                     1/2 sudu camca


Cara-cara:
1. Masukkan bahan basah seperti whipping cream, susu penuh krim, dan telur mengikut turutan
2. Kemudian masukkan bahan kering seperti tepung tinggi protein dan susu teping
3. Buat satu lubang kecil dan masukkan yis dan kambug semula
4. Letakkan gula pada satu hujung
5. Letakkan garam pula pada satu penghujung lagi.
6. Tekan butang nombor 5, iaitu sweet 
7. Biarkan mesin bread maker berjalan sehingga masak (lebih kurang sejam setengah)
8. Setelah masak, keluarkan sewaktu panas 
9. Roti boleh dihiris setelah sejuk
10. Simpan dalam bekas kedap udara untuk memastikan roti tidak mudah kering dan rapuh


Hokkaido Milk Bread
Kalau dah masak camni, leh dah keluarkan

Kalau korang nak tahu, ini cuma resepi doh asas sahaja. Ia sangat mudah disesuaikan mengikut citarasa korang. Contohnya, kalau suka perisa butterscotch, boleh saja masukkan cip butterscotch. Kalau rasa nak letak kekacang boleh juga masukkan kekacang dan sebagainya. 

Bila nak masukkan bahan-bahan ni? Sewaktu bread maker selesai menguli dan ia akan berbunyi 5 kali. Segeralah masukkan apa-apa bahan lain yang korang nakkan.

Roti Butterscotch
Roti butterscotch yang saya hasilkan. Letakkan saja butterscotch chip

Roti Butterscotch
Setelah dipotong, warna agak coklat kerana telah bercampur dengan butterscotch.

Nak letakkan badam dan ubah suai menjadi tepung wholemeal pon boleh

Malah resepi doh asas ini juga boleh dijadikan doh untuk membuat ban. Cuma perlu uli dan bentukkan serta masukkan inti yang digemari. Yang penting, kreatif dan berani mencuba.

Okay...sekian saja perkongsian saya kali ini.

Selamat mencuba.

Da~~

Baca juga:

Resepi Serta Tips Puding Karamel Mudah
Resepi Roti Mini Keju Kranberi
Resepi Quiche Ayam dan Cendawan Enak
Review: Hotpot Mee Tarik Jalan Raja Chulan
Review: Wangsa Grill by Chef Zubir
Review: Two Sons Bistro, KLCC
Review: Restoran Botanica+Co, Bangsar South
Festive Delight Tony Roma's
Resepi Santapan Mudah Sarapan dan Sahur
Restoran SeoulNami Korean BBQ
Bufet Selera Ramadan di Nook, Aloft KL Sentral
Buffet Selera Muhibbah TPC Kuala Lumpur
grEAT Tawar Menu Vegetarian Dengan Khidmat Futuristik
Menu Tahun Baru Lazat BoatNoodle
Pak John Steamboat Sedap dan Berbaloi
Tempahan dan Penghantaran Kek Hanya 4 Jam Sebelum Dengan EatCakeToday.Com
Mi Kolok Sedap Dayang Sarawak, Sungai Besi
Review: Samyang Hot Chicken Ramen Korea
Masakan Asia Tenggara Row SixCrabby Crab Destinasi Penggemar Makanan Laut di Shah Alam