Harini nak cerita fasal usaha ubah rupa (make-over) balkoni sendiri sewaktu PKP 3.0. Biasalah, kalau dah duduk rumah je, mulalah semua benda kita rasa tak kena. Sana sepah, sini tak tersusun, situ tak selesa. Kalau tak dengan rentak kehidupan yang pantas dulu tu, memang langsung tak ada masa nak fikir semua tulah. Semua benda tergesa-gesa, ada je yang kita terkejar-kejarkan.
Balkoni sis pun sis rasa nyampah je sebab buruk. Mulalah berazam dan mengidam untuk wujudkan suasana balkoni idaman macam dalam imej Google dan siaran yang lalu-lintas kat Facebook dan Instagram.
Gambar balkoni hasil Google search |
Gambar balkoni hasil Google search |
Kisahnya, masa PKP 1.0, sis sibuk mengejar minat untuk baking. Makanya sis pun belajarlah buat kek, buat biskut. Macam-macam resipilah sis cuba. Seronok sebab itulah impian sis selama ni. Akhirnya berjaya jugalah memahiri beberapa resipi sampai tahap boleh jual dan menjana pendapatan gitu.Cuma tulah, tak rajin je.
Masa PKP 2.0 pula, sis dah mula berjinak-jinak dalam mendalami ilmu meroti pula. Muahaha... Macam-macam rotilah sis buat. Roti buku, roti ban, roti sosej, roti manis, roti savouri. Seronok. Lama juga tak beli roti di kedai. Almaklumlah tengah seronok meroti. Roti pula alhamudillah menjadi je.
Semua aktiviti membaking dan mengunyah PKP 1.0 dan 2.0 ni telah mendatangkan bahana kepada tahap kesihatan sis sebab bila kau baking, mestilah kena makan, pastu makanya kau pun gemuk. Then kolestrol kau pun naik. Jadi sekarang bila tiba PKP 3.0, sis telah memilih aktiviti yang lebih sihat dan tak melibatkan kemasukan kalori dalam badan.
Jadi bila kau stress kolestrol kau naik, tentulah kita kena kurangkan stress dan kurangkan makanan. Maka aktiviti PKP 3.0 ni melibatkan dua perkara iaitu mewujudkan ruangan yang selesa dan indah bagi tujuan melegakan tekanan dan juga aktiviti beriadah untuk mengurangkan kalori.
Maka balkoni lah yang menjadi sasaran sis kali ini memandangkan balkoni sis merupakan ruangan yang paling tidak digunakan dengan baik sekali atas faktor keselamatan anak-anak. Hakikatnya, dah 10 tahun dah balkoni ni tak dibuka sejak sis berpindah ke rumah ni sebab takut anak-anak yang masih kecil dan tak mengerti akan terjun bangunan.
Sekarang anak dah pon 10 tahun, dah pandai, dah takut sakit takut bahaya takut mati, maka bolehlah kita usahakan ruangan kecil ini sebaik mungkin.
Masa PKP 2.0 pula, sis dah mula berjinak-jinak dalam mendalami ilmu meroti pula. Muahaha... Macam-macam rotilah sis buat. Roti buku, roti ban, roti sosej, roti manis, roti savouri. Seronok. Lama juga tak beli roti di kedai. Almaklumlah tengah seronok meroti. Roti pula alhamudillah menjadi je.
Semua aktiviti membaking dan mengunyah PKP 1.0 dan 2.0 ni telah mendatangkan bahana kepada tahap kesihatan sis sebab bila kau baking, mestilah kena makan, pastu makanya kau pun gemuk. Then kolestrol kau pun naik. Jadi sekarang bila tiba PKP 3.0, sis telah memilih aktiviti yang lebih sihat dan tak melibatkan kemasukan kalori dalam badan.
Jadi bila kau stress kolestrol kau naik, tentulah kita kena kurangkan stress dan kurangkan makanan. Maka aktiviti PKP 3.0 ni melibatkan dua perkara iaitu mewujudkan ruangan yang selesa dan indah bagi tujuan melegakan tekanan dan juga aktiviti beriadah untuk mengurangkan kalori.
Maka balkoni lah yang menjadi sasaran sis kali ini memandangkan balkoni sis merupakan ruangan yang paling tidak digunakan dengan baik sekali atas faktor keselamatan anak-anak. Hakikatnya, dah 10 tahun dah balkoni ni tak dibuka sejak sis berpindah ke rumah ni sebab takut anak-anak yang masih kecil dan tak mengerti akan terjun bangunan.
Sekarang anak dah pon 10 tahun, dah pandai, dah takut sakit takut bahaya takut mati, maka bolehlah kita usahakan ruangan kecil ini sebaik mungkin.
Ni gambar asal balkoni... Halahai... berkulat kotor dan bersepah |
1. Menilai kawasan dan persekitaran balkoni
Makanya kerja-kerja bermula dengan membuka, menilai dan membersihkan balkoni sis. Oleh kerana dah lama tak buka, memang kotorlah balkoni ni. Antara perkara yang sis dapat nilai daripada balkoni sis adalah seperti berikut:
-Lantai balkoni kotor, saluran air tersumbat, tembok berkulat dan kotor
-Longgokan barangan yang tidak digunakan
-Balkoni menghadap matahari petang dan kawasan perkuburan
-Ruangan terhad maka hanya sesuai untuk hiasan yang minimum
2. Lakukan kerja-kerja pembersihan dan nyah-selerak (declutter)
-Jadi pertama sekali kita nyahkan dulu barangan yang tak berguna
-Betulkan saluran air yang tersumbat
-Basuh dan bersihkan lantai balkoni
-Nyah kulat dengan menyembur mould remover dan mengelap permukaan tembok
3. Mula mencari idea kasar (rough idea) untuk konsep hiasan
Lepas dah singkirkan semua barangan yang tak diguna pakai, barulah idea naik satu per satu apa yang perlu dilakukan pada balkoni sekangkang kera ni. Masa ni sis pun banyak ambil rujukan dengan membuat carian tentang idea balkoni dan sebagainya untuk mendapatkan ilham. Sis bercadang nak tanam pokok, bunga dan herba supaya dapat menceriakan hari. Pastu nak hias sikit-sikit.
Waktu ni lagilah korang kena buat banyak bacaan, carian dan rujukan kat media sosial seperti Pinterest, Facebook, Instagram, Youtube dan Google. Masa tu memang banyak lah idea yang melimpah-limpah, tapi memang kena sesuaikan dengan keluasan dan kategori balkoni korang.
4. Membuat pembelian/tempahan barangan yang diperlukan untuk kerja-kerja hiasan/kemasan
Lepas dah ada idea kasar tentang apa yang nak dibuat pada balkoni korang tu, dah bolehah mula shopping barangan dan keperluan. Jangan lupa untuk buat perbandingan harga ya untuk jimat lebih. Macam sis, sesetengah idea muncul secara tetiba contohnya masa tengah tidur, tiba-tiba mimpi kena gantung bunga kat balkoni supaya nampak cantik. Terus sis bangun cari bunga gantung.
Gambar tak sabar, balkoni tak cat lagi dah gantung bunga dengan lampu. |
Lepas tu sis nampak plak idea dan perkongsian kawan kat Facebook yang mana dia pasang lampu solar kat balkoni supaya malam balkoni jadi ceria. Selama ni cuma tahu lampu hiasan yang kena guna plug dan jadi punca kenaikan bil elektrik tu je. Bila tahu lampu ni cuma guna kuasa solar, laju-lajulah sis beli. Sebab memang sesuailah dengan balkoni sis yang panas je memanjang. Zasss....
Untuk idea pokok lain, sis yang malas nak fikir panjang ni, serahkan pada kawan yang kebetulan mengusahakan tanaman pokok. IG dia: Nectars.XYZ. Dia akan beri cadangan berdasarkan tahap kemalasan, lokasi dan cuaca balkoni korang dan sebagainya.
Kalau nak cuci mata tengok-tengok tanam-tanaman premium, boleh juga layar https://nectars.xyz/
Antaranya kawan sis dari Nectar ni cadangkan pasang decking |
Bunga Japanese Rose yang dicadangkan kawan. Tahan panas katanya. |
Banyaklah lagi yang dia cadangkan. Memang seronok berbincang dengan orang yang ada kepakaran berbanding diri sendiri yang kerdil dan amatur ni.
Hehehe...Thanks Sok Pen.
3. Kerja-kerja mengecat semula/kemasan
Bagi balkoni jenis tembok macam sis ni, nampak sangatlah catnya dah pun pudar dan kotor. Jadi sudah tentulah kita perlu cat semula untuk menaikkan semula seri. Sis pilih warna putih sebab lagi senang untuk digayakan. Lagipun nampak lebih 'clean'. Kalau warna-warni nanti susah pulak nak mix and match. Lepas siap je mengecat, memang nampak jelitalah balkoni sis. Putih berseri sejuk mata memandang gitu.
Jangan tengok sis cakap macam ringkas je. Bab cat je dah penat berapa hari sis cari cat, cari berus, cari thinner kelengkapan dan macam-macam. Makan masa seminggu jugalah untuk langkah ni.
Lepas dah cat, putih berseri je. Kena cuci cat yang jatuh kat lantai plak |
Oh ya, kalau korang jenis balkoni menghadap matahari petang then bila waktu hujan je air bertempias masuk, maka sis pun cadangkan korang untuk beli lah cat jenis weathershield aka berperlindungan cuaca gitu. Insyallah cat lebih tahan warnanya walaupun berpanas dan berhujan.
5. Mula menghias dan sesuaikan hiasan ikut keadaan semasa/citarasa
Bermula dengan hanya sepasu bunga gantung, sis tambah satu per satu dan sesuaikan ikut suasana, citarasa dan mood kita sendiri. Tak perlu tergesa-gesa. Ikut je pace, naluri dan perasaan sendiri. Tak perlu terlalu terikat dengan satu idea yang tetap. Bajet korang, masa korang, usaha korang, keperluan korang, boleh je nak ubah apa-apa, tak sesiapa pon marah.
Lepas dah cat, acah-acah letak lampu. Testing sekali kuasa solar |
Kasi close up sikit gambar lampu |
Gambar balkoni dari sudut teddy bear |
Sekarang balkoni sis dah semakin meriah dan jelita. Sis hias perlahan-lahan je. Ikut kekosongan waktu yang ada. Musim PKP ni tak usahlah tambah tekanan sendiri. Ikut je perkembangan dan kemampuan diri sendiri.
Gambar hampir maghrib, cantik je warna langit. Damai je rasa |
Contohnya sebelum ni sis rasa cukup beli hamparan rumput saja untuk letak pada lantai balkoni, tapi lepas beli baru tahu tak berapa sesuai dan selesa dan ukurannya pula agak kecil.
Jadi akhirnya sis beli decking kayu dan rerumput untuk disusun pada lantai. Beli juga sedikit batu sungai untuk diletakkan pada kawasan-kawasan yang decking tak boleh masuk. Maka voila. Jadilah wajah terkini balkoni sis sekarang ni.
Gambar decking baru pasang |
Almaklumlah balkoni menghadap matahari terik, so mesti back light. Gambar tak profesional gitulah |
Sebenarnya kalau ada masa dan sudi luangkan tenaga dan usaha, insyallah ubah rupa atau make over rumah atau ruangan rumah ini mudah sahaja. Cuma kekadang kita rasa terlalu penat dan malas nak semak kepala, jadi kita lebih cenderung untuk serahkannya kepada pakar.
Tapi serius, bila kita DIY sendiri, memang kepuasannya lain macam. Yelah, walaupun tak mencapai pon standard expert yang gilang-gemilang macam gambar-gambar balkoni impian tetapi tetap satu
pencapaian baru dalam hidup gitu. Selama ni tak pernah nak buat, atau tak terfikir nak buat atau boleh buat, alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Maka sekarang sis dah tak tutup lagi balkoni. Ada satu dorongan hidup baru gitu. Hari-hari bangun pagi je tak sabar tengok tanaman sendiri, siram, belek dan bersihkan balkoni. Kira berseman juga. Bakar kalori sikit.
Malam-malam pula tak sabar nak tengok lampur solar menyala pastu relask sambil mengamati pemandangan ilahin nan indah sambil mensyukuri nikmat. Ada ketengangan luar biasa yang tak pernah sis rasa sebelum ini..
Sekian perkongsian sis kali ini.
Da~~
Baca juga:
No comments:
Post a Comment