Friday, 4 June 2021

Review: Tesco Bread Maker BM1333 2 Liter


Hai semua,

Alang-alang dah kongsi cerita fasal ubah rupa balkoni sempena PKP 3.0 sebelum ini, kali ini sis nak lontar ke belakang (aka throwback) pula tentang ulasan dan pengalaman menggunakan Tesco Bread maker BM1333 2 Liter.

Kalau korang baca posting sis sebelum ni tentu korang tahu aktiviti PKP 2.0 sis adalah belajar membuat roti selepas seronok berjaya membuat kek dan biskut sewaktu PKP 1.0. Gituuu.... Sebenarnya sebelum belajar buat roti menggunakan Tesco Bread Maker BM1333 ni, sis dah pon pernah membuat roti ulian tangan. Bolehlah ulangkaji dan baca resepinya iaitu resepi Roti Kranberi Krim Keju di SINI.

Tapi biasalah, sebagai manusia yang sukakan gajet, sis pun tergoda untuk membeli Tesco Bread Maker BM1333 ini memandangkan sis nak mempercepatkan lagi proses pembuatan roti dan berharap dapat menghasilkan roti yang lebih gebu dengan lebih mudah.

Web banner
Gambar dari laman web rasmi Tesco

Mula-mula sekali, mari kita lihat kenapa dalam banyak-banyak pembuat roti aka bread maker yang ada, sis tetap nak pilih Tesco Bread Maker BM1333 ni? Sis bukan beli sembarangan beli je tau. Sebelum buat pembelian ke, buat roti ke kek ke, sis memang mempunyai kebiasaan untuk membuat bacaan, pencarian, kajian dan sebagainya sebanyak mungkin. Setelah berpuas hati, barulah sis beli ataupun mula membuat sesuatu resepi.

Okay, berikut merupakan antara faktor-faktor yang mendorong sis untuk menyunting Tesco Bread maker BM1333 ini:

1. Terdapat kumpulan sokongan di Facebook

Setelah ditinjau, terdapat banyak kumpulan sokongan di Facebook (FB Group) yang telah lama ditubuhkan. Dengan kumpulan sokongan begini, senang untuk anda mengajukan soalan tentang kaedah pembuatan, cara menggunakan mesin, penggunaan bahan, alat gantian dan sebagainya.

Malah kumpulan sokongan tersebut juga banyak berkongsi resipi yang telah dicuba dan diuji (tried and tested). Jadi tak perlu susah payah untuk trial and error sendiri, ikut saja dan insyallah berjaya.

Oh ya, tak semestinya korang kena sertai kumpulan sokongan BM Tesco je, tak salah sertai kumpulan sokongan BM jenama lain dan olah sahaja resepinya berdasarkan fungsi BM Tesco.

Seronok!

2. Alat Gantian Mudah diperolehi di Shoppe

Dari kumpulan sokongan di Facebook juga, saya dapati rata-rata pemilik Tesco Bread Maker hanya perlu membeli alat gantian sendiri di Shoppe dan menukarnya sendiri. Kalau ada waranti, maka bolehlah pulang ke Tesco berdekatan. Manakala pemilik bread maker lain pula tidak mempunyai kelebihan berikut dan perlu menghantarnya ke kilang pembuatan sekiranya masih dalam waranti, atau tukang jika sudah tamat waranti

Barangan Tesco Bread Maker

3. Harga Mampu Milik Yang Berpatutan Namun Berkualiti

Bread Maker BM1333 ni juga biasanya boleh diperolehi dengan harga mampu milik yang berpatutan dan kadangkala jauh lebih murah berbanding bread maker yang lain terutamanya jika anda bijak atau berkesempatan membelinya sewaktu diskaun.

Malah rata-rata pengguna BM Tesco juga mengatakan bahawa mereka telah menggunakannya sekian lama namun masih lagi tiada apa-apa kerosakan. Kalau ikut Bahasa Inggeris, kira CP value dia tinggilah

Apa tu CP value? Cost-Price Value... Ni kawan sis selalu pentingkan.


Iklan Tesco Bread Maker

4. Boleh beli di Tesco mahupun di Tesco Official di Lazada

Untuk membeli bread maker ini, anda boleh pilih untuk beli secara terus di Tesco ataupun menerusi kedai rasminya di Lazada. Nak belek-belek dulu? Atau malas nak tunggu penghantaran? Singgah je kat Tesco berhampiran dan sambar terus. Rajin nak tunggu? Beli di Lazada. Cuma katanya kalau beli di Tesco lagi mudah untuk menukarnya sekiranya terdapat kerosakan manakala kalau beli dari Lazada, kena tukar melalui Lazada juga. Ikutlah preference masing-masing ya?

5. Kadar Puas Hati yang Tinggi Dalam Kalangan Pengguna

Selain kumpulan sokongan bread maker BM Tesco, ada juga kumpulan sokongan BM yang lain-lain. Cumanya daripada pengamatan saya menerusi maklum balas pengguna di Facebook, Shopee dan Lazada, lebih ramai yang berpuas hati dengan bread maker Tesco memandangkan ia lebih murah tetapi lebih tahan lama dan lebih mudah digunakan.

Sebagai pengguna Tesco Bread Maker BM1333 ni, saya akui saya juga amat berpuas hati dengan pilihan saya. Setakat ni semua roti yang saya hasilkan biasanya jelita, asalkan kena dengan caranya.

Oh ya, jangan ingat Tesco Bread Maker BM1333 ni hanya boleh digunakan untuk membuat roti sahaja ya, ia juga boleh digunakan untuk membuat kaya, jem, sambal, dodol dan pelbagai lagi.

Yang penting, rajin-rajin lihat perkongsian dan resipi yang dimuat naik oleh rakan-rakan di Kumpulan Bread Maker.

Saja nak kongsikan juga antara hasil-hasil menggunakan Bread Maker Tesco BM1333 saya ni.

Butterscotch loaf
Butterscotch loaf

Butterscotch loaf
Butterscotch loaf setelah dipotong

Roti Serunding Ayam
Roti serunding ayam

Roti Keju Gula
Roti keju gula

Roti Gula Badam
Roti badam kismis gula

Roti Gula
Roti gula

Tekstur dalam roti gula
Tekstur dalam roti gula

Jem Kranberi
Jem kranberi tanpa gula

Jem Kranberi
Jem kranberi tanpa gula

Ban Sardin
Roti sardin

Assorted buns
Assorted buns

Sebenarnya banyak lagi hasilnya. Cuma tak larat nak cari dan muat naik semuanya di sini. Tergoda? Apa lagi, meh lah join meroti bersama-sama! Tapi tulah, pastikan anda seorang yang penyabar sebab roti ni perlu kesabaran lebih berbanding buat kek ataupun biskut memandangkan kena tunggu doh naik 2 kali.

Tapi saya yakin, kalau anda minat, mesti anda akan rasa seronok dengan prosesnya.

Tips buat roti? Pastikan anda banyak membaca tips dan petua membuat roti. Mula-mula mungkin roti yang dihasilkan tak seberapa lembut atau sempurna. Namun apabila anda dah khatamkan semua informasi dan petua penting, Insyallah hasilnya semakin memuaskan.

Sekian perkongsian kali ini.

Da~~

Baca juga:

Saringan Pemeriksaan Kesihatan di Beacon Hospital
Review: MSU Medical Centre Shah Alam
Review Wad Hospital KPJ Shah Alam Selangor
Pengalaman Ditahan 2 Kali di Wad KPJ Selangor
Pengalaman Telinga Anak Tersumbat Pensel
Pengalaman Bersalin Caesar di PPUKM/HUKM/UKM Specialist
Pengalaman Bersalin Normal di PPUM
Review: Toscana Medi Clinic
Pil Perancang Yasmin Tak Menggemukkan?
Pil Hormon Cina Besarkan Payu Dara?
Set Berpantang Affiat Kempiskan Perut
Rahsia Kulit Sihat dan Berseri
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik



17 comments: