Hai semua,
Rentetan perkongsian tentang pengalaman ubah rupa balkoni DIY sendiri haritu, harini nak cerita fasal beberapa idea dekorasi untuk balkoni anda.
Gabungan satu atau dua atau beberapa daripada idea ini sahaja sudah cukup untuk menghias dan mencantikkan lagi balkoni anda.
Sumber Loveproperty dot com |
1. Bersihkan dan Cat Semula Untuk Segarkan Ruang Balkoni
Untuk balkoni yang dah lama terbengkalai macam balkoni sis, perkara pertama yang wajib haruslah bersihkan dan cat semula untuk segarkan ruang balkoni. Lepas korang kemas, buang habuk dan cat semula dinding yang dah berkulat, grill yang dah berkarat, percayalah, ruang tersebut terus nampak terang dan macam-macam idea dekorasi akan datang mencurah-curah.
Oh ya, siapa kata balkoni mesti nak kena warna putih? Boleh je warna memacam asalkan kena dengan suasana yang korang nak wujudkan.
Gambar-gambar berikut dari loveproperty dot com.
Suka ala-ala gothic dan dramatic? Boleh pilih balkoni begini |
Warna sunset yang menarik |
Putih warna yang malar segar dan tidak ketinggalan zaman |
2. Letakkan Decking Untuk Ubah Rupa Lantai Balkoni
Ha, bagi sesiapa yang mempunyai tile balkoni dengan warna-warna pudar dan kelam, memang sangat sesuai untuk pasang decking untuk menyemarakkan suasana balkoni anda.
Decking pula terdiri daripada decking kayu pelbagai warna dan juga decking rumput. Untuk balkoni rumah sis tempoh hari, sis telahpun memilih kombinasi decking rumput dan decking kayu supaya ia tidak nampak bosan.
Sis memilih decking dan bukannya karpet rumput sebab suka mix and match. Lepas tu, tile kat rumah ni memang saiz 30x30, jadi senanglah sebab saiz decking pon sama 30x30. Kira jelah ada berapa tile, beli berapa decking. Yang lain letak je batu. Nanti kat bawah kita citer fasal karpet rumput dengan batu plak yer.
Floor decking kayu ataupun rumput |
Decking hitam juga nampak anggun |
Penuhkan dengan satu jenis decking saja pon okey |
3. Pasang Karpet Rumput Untuk Ciptta Suasana
Bagi mereka yang tak berminat sangat dengan decking kayu, boleh juga pertimbangkan karpet rumput. Kalau nak senang, boleh je contact seller yang boleh custom made. So diorang akan potong karpert rumput tu mengikut ukuran yang diberi.
Kalau malas nak tunggu, boleh je beli dari Mr. DIY ataupun bahagian gardening di AEON Jusco. Pasaraya Giant dengan Tesco pun mungkin ada juga. Ha, bentang je. Jangan lupa ukur dulu, barulah tak yah ulang-alik banyak kali kalau tak cukup.
Oh ya, karpet rumput ni pon ada banyak gred dan jenis dia tau. Ada jenis yang kasar, yang lembut, yang PVC dan memacam lagilah. Kalau nak tahan lama, nak nampak jelita, haruslah kena keluar belanja lebih sikit. Kat Mr. DIY tu pun, dah banyak jenis dan gred karpet rumput yang ditawarkan.
Katanya ada dari jenis rumput Mutiara, Rumput Jepun, Filipin dan sebagainya.
Baik uol tanya seller bebaik, mana satu yang sedap dipijak dan tak bertakung air serta cepat kering terutamanya kalau balkoni korang jenis yang tempias tu.
Terus naik suasana dan terang mata |
Balkoni tampak mendamaikan dengan warna hijau rumput |
4. Batu-batu Kecil Isi/Hiasi Ruang Balkoni
Kalau jenis yang pakai decking macam sis, mestilah ada tempat yang tak muat nak pasang satu decking. Maka penyelesaian paling mudah adalah untuk mengisi ruang tersebut dengan batu-batu sungai.
Batu sungai pon pelbagai warna. Boleh je nak guna warna-warna yang korang rasa sesuai bagi mewujudkan suasana yang dimahukan.
Nak beli batu-batu sungai ni kat mana? Alah, takyah risau. Sekali lagi, Mr DIY banyak! Macam-macam warna, macam-macam saiz. Apa? PKPD? Kalau gitu cari jelah kat Shopee sis. Shopee memungkinkan segala-galanya.
Pelbagai saiz ada, nak yang mana? |
Batu sungai berwarna kelabu juga jelita |
5. Pasang Lampu Solar Untuk Keceriaan dan Suasana Damai Waktu Malam
Balkoni tidak sepatutnya jadi tempat escape pada waktu siang sahaja, kalau pandai hias, ia juga boleh menjadi ruangan yang sangat menenangkan walaupun pada waktu malam.
Ya, memang banyak balkoni yang tidak mempunyai plug point. Lagipun, kalau pasang lampu elektrik, dikhuatiri meningkat pula bil elektrik nanti.
Makanya, lampu solar sememangnya jawapan bagi permasalahan ini terutamanya kalau balkoni korang sentiasa disinari cahaya matahari. Memang cukuplah tenaga solar untuk menceriakan balkoni anda sepanjang malam nanti.
Yang ni payah sikit nak cari kat kedai, better buka Lazada atau Shopee jelah senang.
Ceriakan Suasana Balkoni Pada Waktu Malam |
Lampu solar jenis lantern, letak boleh gantung pon boleh |
Ada yang sukakan mentol berwarna-warni begini? |
Lampu solar berbentuk titisan air |
6. Pokok dan Tumbuh-tumbuhan Pelengkap Balkoni
Dah siap dekorasi asas dan penaik suasana seperti decking, karpet rumput, cat yang cantik serta lampu solar, sudah masanya kita serikan pula dengan pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan sebagai pelengkap balkoni.
Kalau malas, memang lah boleh letakkan pokok palsu sahaja, tetapi kenapa tidak pilih pokok dan tumbuh-tumbuhan asli supaya ia juga boleh memberikan udara segar dan membekalkan oksigen.
Jika anda sukakan bau-bauan yang segar dan wangi, mungkin juga boleh pilih untuk menanam herba dan pokok bunga yang mendamaikan.
Oh ya, anda jenis yang praktikal? Tanamlah herba yang sering digunakan di dapur. Dapat jimatkan duit lagi.
Kalau jenis tak suka balkoni yang sarat, cukuplah satu hingga tiga pokok pasu besar. Itu saja sudah cukup untuk menyegarkan udara anda.
Pokok ni plak, boleh pilih untuk disusun begitu sahaja di balkoni, atau disusun pada rak yang ditemptakan di balkoni, digantung pada tembok atau rail balcony, diletakkan ataupun digantung dari atas. Ikut citarasa andalah.
Gambar dari House Beautiful Dot Com |
Rak Gantung Kayu |
Cantik juga yang begini kan? |
Gambar dari homedit dot com |
Kerusi dan Meja begini pun sesuai untuk bersantai sambil minum teh |
Kalau nak pakai kerusi panjang, boleh pertimbangkan meja lipat begini |
Suka gaya Nordic, boleh letak yang begini |
No comments:
Post a Comment