Tuesday, 9 November 2021

Pengalaman Bercuti ke Langkawi - Bahagian Persiapan (Part 1)


Hai semua,

Lama rasanya tak cerita fasal melancong, percutian atau tempat pelancongan dek kerana badai COVID-19 yang melanda ni.

Kalini nak bercerita pengalaman bercuti di Langkawi seminggu sudah. Walaupun dah seminggu, tapi kesan selaran matahari masih terasa ya! Sampaikan ada yang tegur sebab kod kulit dah gelap sebanyak 4 tona. Ish!

Ni gambo pinjam Westin Hotel dari Booking.com. kasi imagine dulu ketenenangan bercuti

Oleh kerana lepas COVID-19 ni ramai yang blur-blur ayam, dah tak ingat cemana nak buat perancangan bercuti ataupun sebelum ni memang tak pernah buat perancang bercuti, maka mari sis ajar langkah demi langkah.

1. Penerbangan

Okay, motif dan agenda ke Langkawi seminggu lepas adalah untuk meraikan hari jadi kawan. Kisahnya berlaku sewaktu sis tengah makan malam sempena hari jadi sendiri, so Tasha ni beritahulah tiket ke Langkawi tengah murah. Rasanya pergi balik dalam RM30 camtu je. Kitorang pun buatlah kerja giler tempah tiket beramai-ramai masa tu.

Tapi korang pun tahulah kan AirAsia, tetiba je sesukati dia je harga nak tukar-tukar. So kisahnya sorang jelah dapat harga RM30 tu, tapi dia redeem BigPoints je. Sis plak dapat harga RM49.24. Sapu jelah. Yang lain semua dapat harga lagi tinggi, tapi tak sampai RM100 lah kiranya. Okay, dah setel penerbangan, kita haruslah kena fikirkan tentang penginapan plak.

Oh ya, bagi mereka yang berniat untuk membeli-belah di Langkawi, disarankan ambil bagasi tambahan apabila pulang nanti. Setakat 7kg hand-carry sudah tentunya tak mencukupi.

2. Penginapan

Untuk penginapan, kitorang kalau boleh nak tinggal kat hotel yang ada pantai persendirian (private beach). Biasa orang akan suggest duduk kat Pantai Chenang. Tapi kitorang nak lah yang ada privacy sikit, takyah bersesak-sesak masa tengah bersidai di tepi pantai.

Masa tu AJK untuk pemilihan hotel tu, sis lah. Hahaha... makanya sis pon buat ringkasan seperti di bawah yang mana bolehlah pembaca semua jadikan rujukan:


Kalau ikutkan nak letak St. Regis ke Ritz Carlton ke, Four Season ke, tapi oleh kerana sis sedar tahap kedalaman poket sis, makanya ni jelah yang kira mampu bayar lagi. Walaupun lepas tu kena makan maggi.

Memula dah tempah kat Berjaya Hotel, tapi atas faktor tertentu, tempahan diubah kepada The Westin Langkawi Resort & Spa. Seperti rajah di atas, satu je tak tepat, iaitu tiada airport transfer ya yang ditawarkan oleh hotel-hotel ini disebabkan pandemik. 

Oh ya, kalau korang suka yang dekat dengan Pantai Chenang, sis rekemen Hotel Adya dan Nadias Hotel. Dua ni katanya memang sesuai sangat harga, lokasi dan kemudahannya.

3. Pengangkutan di Destinasi Percutian

Awalnya kitorang fikir mesti Grab melambak je kan kat Langkawi tu, tapi akhirnya kitorang putuskan untuk sewa kereta je senang. Tak perlu takut tak dapat Grab kalau pergi memana sampai ke tengah malam sekalipun.

Mujurlah kawan kita ada sepupu yang memang agen pelancongan kat Langkawi. Haruslah terbaik dan recommended nak mati. Dia ada tawarkan pakej mengikut bajet, citarasa, keperluan dan kemarhaenan uol. Jadi tak perlu risau jika ia tidak menepati langsung citarasa anda.

Apa? Nak nombor? Boleh je sis-sis sekalian. Roger saja Cik Zura di talian +60 18-464 0065. Kalau pemalu, boleh Whatsapp saja. Servis tip top tak tipu walaupun ni kali pertama sis berurusan dengan Cik Zura yang cantik manis ini.

Oleh kerana sis nak pengangkutan mesra poket je, makanya sis yang sedar diri ni pun ambil Axia jelah. Janji boleh jalan nok... RM140 untuk 48 jam, deposit RM50.

Siap hantar terus ke Airport dan nak balik, dia collect balik kat Airport. Mudah urusan. Minyak pun ada separuh tangki. Kitorang yang jenjalan sana sini selama 3 hari 2 malam tu pon, pernah isi sekali minyak RM40 je. Tu pon banyak lebih.

4. Aturcara dan Aktiviti Yang Nak Dilakukan

Ha, bahagian ni kitorang serahkan kepada geng lagi seorang, iaitu Cik Fatin yang budiman. Kriteria pembikinan aturcara dan aktiviti ni merupakan tugasan yang penting sebab ia menentukan kod berpakaian (dress code) serta berapa helai pakaian dan pakaian apa yang korang kena bawak.

Ni antara contoh aktviti yang boleh dijadikan rujukan:

Langkawi Getaway ✈️
Day 1 - 27/10

2pm: Assemble at KLIA2
5.20pm: Take off KUL - LGK
6.25pm: Arrive in LGK (pick up kereta sewa)
7pm: Hotel check in
8.00pm: Dinner at Chenang beach, fire show, etc

Day 2 - 28/10
8am: Breakfast at hotel
10am: Watersports activities at Cenang Beach (banana boat, paragliding, etc)
1pm: Lunch
2pm: Balik hotel mandi + rest
4pm: Sunset Cruise + dinner (dresscode: beach dress)
8pm: Supper

Day 3 - 29/10
8am: Breakfast at hotel
12pm: Check out
1pm: Lunch at Cili Kampung
2pm: Shopping at Kuah Town
3pm: Cable car ride, SkyTrail, SkyDome, 3R Art (all in one place ie; Oriental Village)
5.30pm: Check in airport (return kereta sewa)
9.00pm: Take off LGK - KUL
10.15pm: Arrive at KLIA2


5. Tempahan Aktiviti Yang Berkaitan

Macam kitorang ke Langkawi kali ni, secara khususnya nak naik sunset cruise. Jadi haruslah ia ditempah dengan sepantas kilat bagi mengelakkan kehampaan. Jangan dah sampai baru hegeh-hegeh nak cari pakej. Biasanya memang tak dapat atau tak dapat yang menepati kriteria.

Pakej sunset cruise ni pon sis ambil dengan Along tadi. Seperti diingatkan semula, apa-apa pakej bolehlah hubungi Cik Zura di talian +60 18-464 0065.

Kiranya dia ni ibarat UTC lah..pusat sehenti pelbagai jenis servis yang diperlukan. Menurut Zyra, antara aktiviti popular yang selalu orang ambil termasuklah Island Hopping, Mangrove Tour, Kayak dan Private Chauffeur (Khidmat Pemandu Persendirian- untuk yang malas nak memandu).




6. Destinasi Membeli-belah

Biasa orang datang ke Langkawi juga takkan melepaskan peluang untuk memborong coklat untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Makanya, manakah tempat yang patut dituju untuk tujuan ini?

Antara tempat yang biasa dikunjungi termasuklah Kedai Coklat Haji Ismail, Jetty Point Duty Free, Billion Duty Free Supermarket, RAMS Home Decor dan Coco Valley.

Mengikut pengalaman saya tempoh hari, ada keperluan untuk pergi ke beberapa tempat berbeza kerana ada sesetengah stok yang tiada di sesetengah tempat. Jadinya, kenalah coklat shop hopping juga.

7. Kedai Makan

Ada beberapa kedai makan yang kami sasarkan untuk pergi, tapi rupa-rupanya sejak pandemik ni banyak pula yang tutup. Apa-apa pun, bolehlah hubungi mereka terlebih dahulu sebelum terjah bagi mengelakkan kekecewaan.

Oh ya, kalau suka makan di tempat tumpuan pelancong, pastikan tanya-tanya dulu harga bagi mengelakkan harga dicaj melampau seperti kes siakap RM1000 baru-baru ni.


8. Duit Belanja

Pastikan juga bawa duit belanja yang mencukupi ya! Pastikan duit belanja diperuntukkan mengikut belanjawan sebab kadangkala, bila takde belanjawan ni, kita senang berbelanja lebih. Balik nanti kena makan Maggi pulak.

Sekian perkongsian kali ini. Harap membantu!

No comments:

Post a Comment