Hai semua,
Ini posting sambungan pengalaman bercuti ke Langkawi. Kalau bahagian satu cerita fasal perancangan bercuti ke Langkawi, kalini nak cerita pengalaman menetap di The Westin Langkawi Resort & Spa pula.
|
Gambar pinjam dari laman rasmi The Westin Langkawi Resort & Spa |
Antara faktor utama saya dan rakan-rakan memilih The Westin Langkawi Resort & Spa adalah kerana lokasinya yang dekat dengan Langkawi Yatch Club, mempunyai persisiran pantai persendirian dan juga ada bufet sarapan. Hehehehe....
Kalau dah namanya resort, sudah tentulah The Westin Langkawi ni sangat luas. Selain bilik hotel, ia juga menawarkan vila-vila di persisiran pantai. Vilanya memang menarik tapi ia agak jauh daripada dining hall. Selain itu, ia juga menawarkan spa, tiga jenis kolam renang, pantai persendirian, sauna, gym dan sebagainya.
|
Haish... indah betul kalau dapat duduk Villa |
|
Ni ha... LICC, depan banyak tempat letak kereta |
Landskap di The Westin Langkawi Resort & Spa ini juga nampak menenangkan dan tempat letak keretanya juga agak banyak. Tapi rasanya kalau waktu kemuncak, mungkin susah juga nak cari tempat letak kereta berdekatan. Mungkin kena letak kereta di kawasan Langkawi International Convention Centre. Makanya kena menapak lah sikit.
|
Gambar dari booking.com jeks... jelita |
|
Ni antara kolam renang yang ada |
|
Persisiran pantai persendirian |
Masa kami daftar masuk ke hotel tu, sis dan rakan-rakan sampai lambat. Dah malam dah masa tu.
|
Ni kafe dekat-dekat lobi |
|
Ada banyak sofa sementara tunggu daftar masuk |
Apa-apa mestilah kita nak daftar masuk dulu. Kat kaunter menyambut tetamu tu, beriya staf tu tanya nak upgrade bilik tak. Katanya bilik yang kitorang tempah ni takde tab mandi. Cuma ada pancuran sahaja.
Ish, kalau upgrade kena tambah duit mestilah takmo kan? Staf tu pujuk lagi, kalau upgrade boleh dapat pemandangan yang cantik. Ah gitu!
Mujurlah kitorang iman tak senipis kulit bawang dan berjaya menolak godaan dia. Last-last dia sendiri naik taraf bilik kitorang memandangkan ini penginapan pertama kami di sini. Weeee......
|
Bahagian tempat menyambut tetamu |
|
Welcoming drinks |
Apa-apa minum dulu. Haus woo... Rasanya ni air kulit manis kot. Tak berapa sedap. Nampak je jelita. Huhuhu... Tapi dah orang bagi, kita habiskan sajalah.
Ajoms masuk bilik pulak. Katil dia ni Queen. So actually satu bilik ni boleh je himpit 4 orang. Cuma bila nak pakai jamban tu lambat lah pulak nak bergilir-gilir.
|
dari katil nampaklah pintu ke balkoni |
|
Katil ni katil Queen.... Boleh dok 2 orang satu katil |
|
Dari katil nampak bathtub kalau blind tu tak ditarik |
|
Tab mandi. Dari cermin tu juga boleh nampak orang kat katil |
|
Laci tu ada satu tak boleh bukak. Dummy je |
|
Saja bagi sudut sikit berbeza pulak |
|
Jamban ni penting... Ada paip. Sis suka |
|
Ada seterika dan papan seterika serta bath robe |
|
Ada juga peti besi untuk simpan barangan berharga |
|
Meja buat kerja. |
|
Cerek dan cawan serta teh untuk kerja-kerja membancuh |
|
Peti ais mini, kosong je |
|
Pemandangan balkoni pada waktu malam. Tak nampak haper |
|
Pada waktu siang, pemandangan lebih indah. |
Bagi sis warna dan deko bilik dia agak pudar dan membosankan. Kalau pakai warna-warna yang lebih terang mesti rasa suasana tu nampak lebih menceriakan. Keseluruhannya, nampak bilasa jelah bilik dia tapi cukup selesa.
Satu yang sis rasa kurang puas hati ialah kipas kat bilik ni je. Ada habuk. Nampak ketara pulak tu. Kalau dah berhabuk dan ketara biasanya makan minggu jugalah dia tak lap. Harap pihak Westin lebih cakna fasal kebersihan kipas di bilik mereka.
|
Nampak tak habuk? Apa tak nampak? Jap cari gambar lagi dekat. |
|
Jelas dah? |
Yang sedihnya, lepas room service pun tak jelita lagi bilah kipas ni. Mungkin orang yang bersihkan terlepas pandang. Aduh, aduh.
Oh, satu lagi, masa nak mandi tuala pulak takde. Lama jugalah tunggu orang yang sediakan tuala datang walaupun dah buat panggilan untuk maklumkan takde tuala.
Selain dua insiden ni, rasanya yang lain agak lancar dan pekerjanya juga agak ramah.
Saya pun bukan orang yang pandai keji saja ya, saya juga tidak lokek pujian. Satu benda yang saya rasa terharu kat pekerja Westin, beriya dia maklumkan dan kejar kami selepas daftar keluar untuk maklumkan ada barang tertinggal.
Rupa-rupanya EarPods Cik Fatin. Ish ish ish...tak sayang barang betul.
Satu lagi servis yang kitorang suka ialah pihak resort okay saja kalau lepas dah daftar keluar, kita nak tumpang dulu beg dan berjalan-jalan di sekitar hotel sebelum bertolak pulang.
Sesungguhnya tempoh 3 hari 2 malam tak sempat pun nak eksplorasi keseluruhan resort dan Langkawi.
Secara keseluruhannya, pengalaman di The Westin Langkawi Resort & Spa ini adalah memuaskan.
Saya sedar teknik bergambar dan tahap kerajinan nak bergambar kat Langkawi tu tak seberapa. Tapi tetap nak kongsikan juga gambar-gambar yang saya tangkap. Muahahahhaa....
Sis tengah survey hotel ni selagi terlanding kat blog awak. Tq bagi review...
ReplyDeleteThe best way to find a great massage therapy center in your area is to ask your friends. 토닥이
ReplyDeleteFinding the right massage therapist can be a daunting endeavor, especially if you're new to massage. training
ReplyDeleteAbsolutely loved your review of the Westin Langkawi Resort & Spa! Your detailed insights make me want to book a trip there ASAP! google review automation
ReplyDelete